Seperti yang telah dibincangkan pada
entry yang lepas, gerakan penyembah syaitan ini menggunakan muzik
sebagai jalan untuk menyesatkan manusia dan menjauhkan kita dari datangnya hari
akhirat. Mereka jua lah yang mengawal industry muzik supaya mesej-mesej mereka
berjaya disampaikan sehingga kadangkala menggangu aqidah dan fikiran
masyarakat.
Elemen-elemen yang dimasukkan dalam klip video, ataupun lirik-lirik yang
ditulis mempunyai mesej yang tersendiri. Secara sedar ataupun tiak, artis
ataupun selebriti dijadikan boneka malah ada yang sudi dijadikan boneka. Anda
tahu kerana apa? Mereka yang mengawal inustri ini. Mereka jua lah yang
menentukan jatuh bangunnya karier selebriti-selebriti ini..
Selebriti yang mereka taja biasanya akan menjadi gah pada masa yang
singkat. Biarpun tidak memiliki bakat yang sebenar dalam bidang nyanyian,
peminat mereka menjangkau jutaan orang. Mereka
merupakan artis-artis besar yang menyanyaikan lagu tetapi ditulis oleh orang
lain. Mereka sanggup mementerai perjanjian dengan penyembah syaitan ini kerana
mengimpikan kemewahan dunia dan pujaan masyarakat terhadap mereka. Mari saya
tunjukkan wajah-wajah mereka..
Tidak dinafikan bahawa ada juga selebriti yang membawa mesej kemanusiaan
dan perpaduan dalam lagu-lagu mereka. Mereka cuba untuk menerangi kegelapan
dengan cara yang berbeza. Mereka member motivasi dan membuka minda anda agar
berfikiran lebih waras. Lihatlah bagaimana mereka diketepikan dalam industri
ini. Imej mereka diburukkan agar peminat mereka berkurangan. Malah lebih buruk
lagi ada juga yang dibunuh..
Micheal Jackson |
Bob Marley |
Semuanya bergantung pada nilaian anda. Yang selebihnya, carilah sendiri..