Wednesday, 2 January 2013

Fitnah Hollywood Terhadap Bangsa Arab



Mengapa Hollywood memfitnah bangsa Arab?

Bagi Hollywood, Arab merupakan sebuah bangsa yang ganas dan kasar. Mereka secara asasnya dianggap separuh manusia. Imej-imej ini telah dipaparkan kepada orang awam sejak ratusan tahun lagi.

Dr Jack Shareen, seorang professor emeritus di Southern Illonois University telah menulis sebuah buku mengenai fitnah ini yang bertajuk ‘Reel Bad Arabs, How Hollywood Velifies a People’. Buku ini cuba untuk menerangkan dan memperbetulkan reality orang arab yang sebenar.


 Dalam tempoh 30 tahun, penulis melihat bagaimana lebih 1000 buah filem yang ditayangkan di kaca televisyen ini  telah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap bangsa Arab. Kebanyakan masyarat di Barat membesar dengan fakta bahawa Arab adalah musuh mereka. Bermula dari filem-filemawal hollywood sehinggalah kepada filem-filem pecah panggung hari ini. Kebanyakan filem-filem seperti ini akan meninggalkan penonton dengan perasaan benci terhadap bangsa arab. Misalnya, watak-watak seseorang yang jahat, pembunuh, perompak, penipu,  bersifat tidak berperikemanusiaan, bersifat seperti seorang yang bodoh dan tidak ada tujuan hidup, dan sebagainya agar seluruh bangsa Arab ini terus dianggap sebagai musuh dan akhirnya fakta ini diterima umum.



































                Kesannya, apabila orang Arab yang tidak bersalah dibunuh, dibom, dicederakan, diseksa, adakah ia menjadi satu kejutan yang seolah-olah mereka tidak merasa apa-apa belas kasihan? Atau yang lebih teruk lagi, menganggap segala bentuk penindasan ini sebagai suatu perkara kecil? Menjadikan mereka tidak kisah dengan pencabulan yang berlaku terhadap bangsa Arab.



                Mengap Hollywood perlu menonjolkan sifat permusuhan terhadap bangsa Arab? Kerna segalanya berkait dengan matlamat asal penubuhan mereka, iaitu tertubuhnya sebuah Negara baru yang digelar Zion.
Akan disambung pada entry yang akan datang..

No comments:

Post a Comment