Pelbagai kaedah telah
mereka gunakan untuk mempengaruhi anda. Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam entry
sebelum ini. Kali ini saya akan membincangkan tentang sebuah alat yang paling
berkesan bagi mereka iaitu pengaruh lagu muzik melalui media massa.
Kadangkala, terdapat
pelbagai mesej yang jelas yang dipaparkan melalui muzik ataupun lagu yang
dinyanyikan oleh artis tempatan ataupun luar negara. Selain dari hanya
berbicara tentang cinta sesama insan, lirik ataupun klip video sebahagian lagu
membawa mesej yang lain pula. Ada mesej yang berbentuk positif namun hakikatnya
ada juga yang membawa mesej-mesej negatif.
Kebanyakan kita gagal
untuk mengenalpasti samada aspek-aspek negatif ada dibawa oleh lagu-lagu
tersebut sambil menyembunyikan mesej-mesej rahsia. Antara diketahui ataupun
tidak, ada juga sebilangan penyanyi yang menyampaikan mesej ini tidak sedar akan
hakikat itu, seterusnya mengambil bahagian dalam agenda rahsia ini sambil
menjadi idola yang dicontohi oleh pengikut-pengikut mereka. Perkara ini telah berlaku
sejak berzaman lagi, selebriti (idol) seolah-olah diagung-agungkan bagai disembah.
Inilah idola dahulu..
Ini pula idola masa kini..
Sebuah kuasa besar
hanya berada di sebalik tabir. Mengawal dan memanipulasi selebriti-selebriti dan
syarikat-syarikat yang terlibat agar
berjaya menguasai industri itu secara tersembunyi. Mesej yang disampaikan
dalam sesebuah lagu dan video klip dapat dibahagikan kepada 2 bahagian.
1.
Kepada orang awam yang tidak menyedari hakikat ini, lagu yang didendangkan
hanya dilihat dan didengari secara luaran sahaja.
2.
Sekiranya diamati dan diperhatikan dengan lebih mendalam lagi, terdapat
pelbagai mesej tersembunyi yang menyerlahkan lagi identiti mereka dalam
muzik-muzik tersebut.
Ada juga sebilangan lagu yang berbentuk penyembahan. Apa yang anda
mungkin nampak mungkin hanyalah seperti sebuah lagu cinta yang ditujukan kepada
kekasihnya namun untuk tuhan mereka al-Masih ad-Dajjal sehinggakan ada lagu
yang benar-benar berunsurkan syaitan. Mereka tujukan lagu-lagu ini untuk kamu
dari Dajjal dan Syaitan sendiri. Anda tidak perlu memerhati terlalu lama.
Sekiranya ada, sepatutnya unsur-unsur itu dapat anda kenalpasti dengan jelas
oleh penonton-penonton yang menyedarinya.
Pada dasarnya, hadith yang saya bawakan pada awal tadi melarang pelbagai
alat muzik tertentu yang akan mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu. Namun hadith
itu ditakwilkan selagi muzik tersebut tidak mendatangkan kelalaian kepada pendengarnya
malah muzik mampu menjadi sebahagian dari jalan untuk berdakwah pula. Harus
diingat, iblis dan syaitan sentiasa bekerja keras bagi menyesatkan manusia
walau dengan cara apa sekalipun. Sudah terbukti manusia sememangnya akan
terjerumus kepada godaan syaitan juga. Penakwilan hadith tadi dijadikan alasan kononnya
muzik tidak akan menyesatkan dan melalaikan mereka. Jika begitu, ini pula apa?
Perkembangan muzik di dunia merebak tanpa sempadan. Anda mampu mendengar
mana-mana lagu dari pelbagai negara dan bahasa. Islam tidak begitu kejam untuk
melarang anda dengan muzik malah al-Quran juga perlu di baca dengan cara berlagu.
Anda yang mendengar. Anda jua lah yang lebih arif bagi mengenal pasti intipati
dan mesej yang di sampaikan dalam sebuah lagu. Itu yang menentukan samada
dibolehkan atau tidak agar kita berhati-hati dari tipudaya(konspirasi) syaitan
ini. Meraka memang hebat merancang namun sesungguhnya Allah jua lah sebaik-baik
perancang..