Saturday, 7 July 2012

MUZIK SEBAGAI AHLI SIHIR




HIPNOSIS MUZIK



            Pelbagai kaedah telah mereka gunakan untuk mempengaruhi anda.  Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam entry sebelum ini. Kali ini saya akan membincangkan tentang sebuah alat yang paling berkesan bagi mereka iaitu pengaruh lagu muzik melalui media massa.

            Kadangkala, terdapat pelbagai mesej yang jelas yang dipaparkan melalui muzik ataupun lagu yang dinyanyikan oleh artis tempatan ataupun luar negara. Selain dari hanya berbicara tentang cinta sesama insan, lirik ataupun klip video sebahagian lagu membawa mesej yang lain pula. Ada mesej yang berbentuk positif namun hakikatnya ada juga yang membawa mesej-mesej negatif.

            Kebanyakan kita gagal untuk mengenalpasti samada aspek-aspek negatif ada dibawa oleh lagu-lagu tersebut sambil menyembunyikan mesej-mesej rahsia. Antara diketahui ataupun tidak, ada juga sebilangan penyanyi yang menyampaikan mesej ini tidak sedar akan hakikat itu, seterusnya mengambil bahagian dalam agenda rahsia ini sambil menjadi idola yang dicontohi oleh pengikut-pengikut mereka. Perkara ini telah berlaku sejak berzaman lagi, selebriti (idol) seolah-olah diagung-agungkan bagai disembah.

Inilah idola dahulu..




Ini pula idola masa kini..





            Sebuah kuasa besar hanya berada di sebalik tabir. Mengawal dan memanipulasi selebriti-selebriti dan syarikat-syarikat  yang terlibat agar berjaya menguasai industri itu secara tersembunyi. Mesej yang disampaikan dalam sesebuah lagu dan video klip dapat dibahagikan kepada 2 bahagian.

1.      Kepada orang awam yang tidak menyedari hakikat ini, lagu yang didendangkan hanya dilihat dan didengari secara luaran sahaja.

2.      Sekiranya diamati dan diperhatikan dengan lebih mendalam lagi, terdapat pelbagai mesej tersembunyi yang menyerlahkan lagi identiti mereka dalam muzik-muzik tersebut.

Ada juga sebilangan lagu yang berbentuk penyembahan. Apa yang anda mungkin nampak mungkin hanyalah seperti sebuah lagu cinta yang ditujukan kepada kekasihnya namun untuk tuhan mereka al-Masih ad-Dajjal sehinggakan ada lagu yang benar-benar berunsurkan syaitan. Mereka tujukan lagu-lagu ini untuk kamu dari Dajjal dan Syaitan sendiri. Anda tidak perlu memerhati terlalu lama. Sekiranya ada, sepatutnya unsur-unsur itu dapat anda kenalpasti dengan jelas oleh penonton-penonton yang menyedarinya.

Pada dasarnya, hadith yang saya bawakan pada awal tadi melarang pelbagai alat muzik tertentu yang akan mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu. Namun hadith itu ditakwilkan selagi muzik tersebut tidak mendatangkan kelalaian kepada pendengarnya malah muzik mampu menjadi sebahagian dari jalan untuk berdakwah pula. Harus diingat, iblis dan syaitan sentiasa bekerja keras bagi menyesatkan manusia walau dengan cara apa sekalipun. Sudah terbukti manusia sememangnya akan terjerumus kepada godaan syaitan juga. Penakwilan hadith tadi dijadikan alasan kononnya muzik tidak akan menyesatkan dan melalaikan mereka. Jika begitu, ini pula apa?

Perkembangan muzik di dunia merebak tanpa sempadan. Anda mampu mendengar mana-mana lagu dari pelbagai negara dan bahasa. Islam tidak begitu kejam untuk melarang anda dengan muzik malah al-Quran juga perlu di baca dengan cara berlagu. Anda yang mendengar. Anda jua lah yang lebih arif bagi mengenal pasti intipati dan mesej yang di sampaikan dalam sebuah lagu. Itu yang menentukan samada dibolehkan atau tidak agar kita berhati-hati dari tipudaya(konspirasi) syaitan ini. Meraka memang hebat merancang namun sesungguhnya Allah jua lah sebaik-baik perancang..

No comments:

Post a Comment