Monday, 24 December 2012

Di sebalik 'National Tressure'




Anda pernah tonton filem ini??


Lihatlah lambang piramid dan mata satu pada tajuk utama filem ini. Seolah-olah menyembunyikan penemuan harta karun, kerajaan Amerika cuba untuk mengulang tayang, malah menafikan penemuan sebenar. 

‘Harta karun’ yang digembar-gemburkan sebenarnya bukanlah emas mahupun perak, tetapi penawanan  ke atas Baitul Maqdis oleh tentera Knight Templar pada masa itu telah menjumpai buku-buku sihir yang disorok di sebuah istana yang tertimbus milik nabi Sulaiman dahulu. Memang kita akui bahawa kaum nabi Sulaiman memang terkenal dengan ilmu-ilmu sihir dengan bantuan jin dan syaitan sehingga nabi Sulaiman terpaksa membuang buku ini agar tidak ada lagi syirik terhadap Allah.







Salah satu penemuan terbesar mereka adalah penemuan ilmu sihir yang mampu menghubungkan mereka dengan Dajjal dan Iblis. Sejak itu, segala perancangan mereka berhasil an telahpun Berjaya menakluki kawasan-kawasan di dunia satu demi satu.





Mungkin ada yang bertanya mengapa Allah membenarkan semua ini berlaku? Mungkin sebagai ujian kepada kita bagi membuktikan adakah benar kita beriman kepadaNya, dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya Allah jualah yang  lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment