Pemerintahan Dunia Baru
Saya cuba membebaskan minda anda. Tapi saya hanya mampu menunjukkan
pintunya. Kerana andalah yang menentukan samada ingin memasukinya ataupun
tidak. Izinkan saya bertanya mengapa anda masih membaca dan terus membaca? Kerana
anda tahu akan sesuatau. Namun anda tidak mampu untuk menceritakannya. Anda
masih merasakan sepanjang kehidupan di dunia ini, seolah-olah ada sesuatu yang
tidak kena tetapi anda tidak tahu apakah dia. Ia sentiasa dalam fikiran anda
sehinggakan kadang kala membuatkan anda gila untuk memikirkannya. Perasaan
itulah yang membawa anda untuk terus membaca..
Semuanya berada di sekeliling kita. Malah di tempat anda mengakses blog ini
juga. Anda boleh lihat apabila anda menjenguk ke luar tingkap. Atau apabila anda turn
on televisyen bilik/rumah anda. Anda boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja
atau di tempat ramainya orang berkumpul. Apabila anda membayar cukai-cukai anda.
Inilah dunia yang telah menyelaputi mata anda untuk membutakan anda dari
kebenaran dalam erti kata yang sebenarnya. Anda tahu kebenaran tentang apa? Kebenaran
bahawa sebenarnya anda seorang banduan. Banduan yang tinggal di dalam penjara yang anda
tidak mampu bau, rasa mahupun menyentuhnya. Sebuah PENJARA kepada minda anda
sendiri. Alhamdulillah jika mungkin ada yang tertanya-tanya..
Mengapakah
dunia seolah-olah tidak didiami oleh manusia yang bergelar ‘insan’ yang
memiliki akal dan perasaan? Mengapakah berlaku pertumpahan darah tanpa ada
yang membantah? Mengapa tidak wujud dalam hati seorang bergelar manusia
yang dikurniakan akal untuk tidak saling berbunuh-bunuhan? Mereka itu
manusia atau haiwan?
Mengapa orang Islam dibunuh dengan kejam sesuka hati
tanpa sedikit pun rasa bersalah tatkala melihat darah suci itu mengalir?Mengapa
dengan tertubuhnya negara-negara di dunia meruntuhkan lagi perpaduan Islam?
Bukankah sepatutnya kita semakin kuat? Dimanakah perginya
pemimpin-pemimpin dunia untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah perkara-perkara
sebegini adalah hanya bahan permainan? Tidakkah ada perasaan belas kasihan?
Mereka itu manusia atau haiwan?
Mengapa
masih ada yang kebuluran dan mati kelaparan tanpa ada yang bersimpati? Mereka
itu manusia atau haiwan? Mengapa masih ada yang fakir sedang dunia
menikmati kemewahan? Mengapa yang kaya terus kaya dan masih mencari
kekayaan manakala yang miskin akan terus dibelenggu kemiskinan? Bukankah mereka
saudara kita juga?
Mengapa manusia terlalu berlumba-lumba dengan pangkat dan harta? Sentiasa
memikirkan grade A dan 4.0 yang bakal diperolehi untuk peperiksaan di sekolah
dan universiti? Namun ilmu hanya pada kertas? Sentiasa memikirkan kerja yang bakal ditawarkan? Sentiasa memikirkan
jumlah gaji yang bakal diperolehi? Memikirkan kereta dan rumah yang
bakal dimiliki? Memikirkan wang hantaran perkahwinan yang bakal diterima? bagaimana pula dengan pakaian dan majlis persandingan? Lebih-lebih lagi memikirkan pangkat dan pujian dari masyarakat tentang kita?
Yang
kaya akan terus mencari kekayaan dan kemewahan. Sedang kita pula leka dan
lupa dengan akhirat yang bakal tiba tanpa memikirkan untuk apa kita hidup?
kemanakah arah hidup kita selepas ini? beginilah New World Order berjaya
mengaburi mata anda..
Apakah dia ‘Pemerintahan dunia Baru’ ? sebelum itu mari kita berkenalan
dahulu dengan pengasasnya, al-Masih ad-Dajjal..
Di dalam bahasa arab, Dajjal terhasil dari kata dasar ‘dajjala’ atau دجّÙ„ . Bagi masyarakat arab, istilah ini digunakan
untuk menampal luka yang akan pada badan unta. Apabila pada tubuh unta itu
terdapat luka, maka mereka menampalnya dengan sesuatu sebagai rawatan bagi
menutup luka tersebut dari dilihat oleh orang lain. Dari segi luarannya, unta
itu dilihat lebih baik namun sebenarnya ada luka ataupun penyakit yang disembunyikan..
Begitulah juga dengan Dajjal. Dia menutup segala bentuk penyakit dan
masalah yang terdapat pada dunia hari ini sehinggakan anda percaya bahawa penyakit
itu elok. Iea yang dikeluarkan oleh Dajjal ialah dengan meniru segala apa yang
telah disampaikan oleh para Rasul namun dia telah menyonsangkannya..
Misalnya, para Rasul memberi peringatan bahawa dunia merupakan ilusi dan
tempat persediaan kepada kita sebelum berhijrah ke akhirat yang kekal abadi.
Tetapi seruan Dajjal kepada manusia agar anda percaya bahawa akhirat itu ilusi,
maka kejarlah dunia semata-mata. Seperti pepatah iklan arak Budweiser, ‘Kamu
hanya hidup sekali, jadi nikmatilah sepenuhnya’. ..
Mari kita lihat pula di belakang wang 1 dollar Amerika yang merupakan
pusat Freemason pertama dunia yang didirikan oleh George Washington.
Anda akan dapati tiga perkara iaitu:
1.
Lambang piramid separuh siap dengan satu mata yang tergantung di
atasnya.
2.
Novus Ordo Seclorum: Pemerintahan Dunia
Baru
3.
Anuet Acueptis: Dia berpuas hati
dengan projek kami
Satu
mata merujuk kepada tuhan matahari Mesir, ‘Ray’. Kerana itulah di dalam
bahasa Inggeris, cahaya matahari disebut sebagai ‘sunray’. Inilah tuhan
Freemason yang bersangkut paut dengan tamadun Mesir Purba yang telah saya
ceritakan pada entry Firauan Hari Ini.
Mengapa satu mata itu tergantung?
Mereka percaya bahawa projek rahsia ini seperti yang tertera ‘Novus Ordo
seclorum’ akan siap apabila pemerintahan ini berjaya dilaksanakan.
‘Anuet Acueptis’? Siapa yang mereka mahu puaskan dengan projek mereka?
Tentulah tuhan palsu mereka,
al-Masih ad-Dajjal.
Namun apakah sebenarnya projek yang ditunggu-tunggu itu?
Secara umumnya, projek itu adalah ‘pembulatan’ dunia untuk membuang
kepercayaan masyarakat bahawa tuhan tidak wujud. Dan kerana itulah istilah ‘Novus
Ordo seclorum’ diletakkan iaitu sebuah PEMERINTAHAN DUNIA yang BARU!!! Sebuah kehidupan
ilusi yang hanya mengejar kebendaan dan nikmat sehinggakan ada yang sanggup
mati kerananya.
Bagi menggapai apa yang dimahukan, anda perlu menjadi sebahagian
daripada sistem mereka terlebih dahulu. Mengulangi kitaran hidup dari hari
Isnin hinggalah ke Jumaat tanpa ada pengisian rohani. Dengan alasan letih
bekerja, solat berjemaah di masjid ditinggalkan, kasih sayang dan didikan agama anak-anak
pula diabaikan..
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk Allah SWT.. Aminnn..
والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا Ù…Øمد وعلى
آله وصØبه وسلم