Tuesday, 26 June 2012

Halusinasi 'New World Order'



Pemerintahan Dunia Baru

Saya cuba membebaskan minda anda. Tapi saya hanya mampu menunjukkan pintunya. Kerana andalah yang menentukan samada ingin memasukinya ataupun tidak. Izinkan saya bertanya mengapa anda masih membaca dan terus membaca? Kerana anda tahu akan sesuatau. Namun anda tidak mampu untuk menceritakannya. Anda masih merasakan sepanjang kehidupan di dunia ini, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena tetapi anda tidak tahu apakah dia. Ia sentiasa dalam fikiran anda sehinggakan kadang kala membuatkan anda gila untuk memikirkannya. Perasaan itulah yang membawa anda untuk terus membaca..

Semuanya berada di sekeliling kita. Malah di tempat anda mengakses blog ini juga. Anda boleh lihat apabila anda menjenguk ke luar tingkap. Atau apabila anda turn on televisyen bilik/rumah anda. Anda boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja atau di tempat ramainya orang berkumpul. Apabila anda membayar cukai-cukai anda. Inilah dunia yang telah menyelaputi mata anda untuk membutakan anda dari kebenaran dalam erti kata yang sebenarnya. Anda tahu kebenaran tentang apa? Kebenaran bahawa sebenarnya anda seorang banduan. Banduan yang tinggal di dalam penjara yang anda tidak mampu bau, rasa mahupun menyentuhnya. Sebuah PENJARA kepada minda anda sendiri. Alhamdulillah jika mungkin ada yang tertanya-tanya..



Mengapakah dunia seolah-olah tidak didiami oleh manusia yang bergelar ‘insan’ yang memiliki akal dan perasaan? Mengapakah berlaku pertumpahan darah tanpa ada yang membantah? Mengapa tidak wujud dalam hati seorang bergelar manusia yang dikurniakan akal untuk tidak saling berbunuh-bunuhan? Mereka itu manusia atau haiwan?





        Mengapa orang Islam dibunuh dengan kejam sesuka hati tanpa sedikit pun rasa bersalah tatkala melihat darah suci itu mengalir?Mengapa dengan tertubuhnya negara-negara di dunia meruntuhkan lagi perpaduan Islam? Bukankah sepatutnya kita semakin kuat? Dimanakah perginya pemimpin-pemimpin dunia untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah perkara-perkara sebegini adalah hanya bahan permainan? Tidakkah ada perasaan belas kasihan? Mereka itu manusia atau haiwan?



Mengapa masih ada yang kebuluran dan mati kelaparan tanpa ada yang bersimpati? Mereka itu manusia atau haiwan? Mengapa masih ada yang fakir sedang dunia menikmati kemewahan? Mengapa yang kaya terus kaya dan masih mencari kekayaan manakala yang miskin akan terus dibelenggu kemiskinan? Bukankah mereka saudara kita juga?







Mengapa manusia terlalu berlumba-lumba dengan pangkat dan harta? Sentiasa memikirkan grade A dan 4.0 yang bakal diperolehi untuk peperiksaan di sekolah dan universiti? Namun ilmu hanya pada kertas? Sentiasa memikirkan kerja yang bakal ditawarkan? Sentiasa memikirkan jumlah gaji yang bakal diperolehi? Memikirkan kereta dan rumah yang bakal dimiliki? Memikirkan wang hantaran perkahwinan yang bakal diterima? bagaimana pula dengan pakaian dan majlis persandingan? Lebih-lebih lagi memikirkan pangkat dan pujian dari masyarakat tentang kita? 









Yang kaya akan terus mencari kekayaan dan kemewahan. Sedang kita pula leka dan lupa dengan akhirat yang bakal tiba tanpa memikirkan untuk apa kita hidup? kemanakah arah hidup kita selepas ini? beginilah New World Order berjaya mengaburi mata anda..


Apakah dia ‘Pemerintahan dunia Baru’ ? sebelum itu mari kita berkenalan dahulu dengan pengasasnya, al-Masih ad-Dajjal..


Di dalam bahasa arab, Dajjal terhasil dari kata dasar ‘dajjala’ atau دجّل . Bagi masyarakat arab, istilah ini digunakan untuk menampal luka yang akan pada badan unta. Apabila pada tubuh unta itu terdapat luka, maka mereka menampalnya dengan sesuatu sebagai rawatan bagi menutup luka tersebut dari dilihat oleh orang lain. Dari segi luarannya, unta itu dilihat lebih baik namun sebenarnya ada luka ataupun penyakit yang disembunyikan..

Begitulah juga dengan Dajjal. Dia menutup segala bentuk penyakit dan masalah yang terdapat pada dunia hari ini sehinggakan anda percaya bahawa penyakit itu elok. Iea yang dikeluarkan oleh Dajjal ialah dengan meniru segala apa yang telah disampaikan oleh para Rasul namun dia telah menyonsangkannya..

Misalnya, para Rasul memberi peringatan bahawa dunia merupakan ilusi dan tempat persediaan kepada kita sebelum berhijrah ke akhirat yang kekal abadi. Tetapi seruan Dajjal kepada manusia agar anda percaya bahawa akhirat itu ilusi, maka kejarlah dunia semata-mata. Seperti pepatah iklan arak Budweiser, ‘Kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah sepenuhnya’. ..

Mari kita lihat pula di belakang wang 1 dollar Amerika yang merupakan pusat Freemason pertama dunia yang didirikan oleh George Washington. Anda akan dapati tiga perkara iaitu:

1.      Lambang piramid separuh siap dengan satu mata yang tergantung di atasnya.
2.      Novus Ordo Seclorum: Pemerintahan Dunia Baru
3.      Anuet Acueptis: Dia berpuas hati dengan projek kami


            Satu mata merujuk kepada tuhan matahari Mesir, ‘Ray’. Kerana itulah di dalam bahasa Inggeris, cahaya matahari disebut sebagai ‘sunray’. Inilah tuhan Freemason yang bersangkut paut dengan tamadun Mesir Purba yang telah saya ceritakan pada entry Firauan Hari Ini.

Mengapa satu mata itu tergantung?
Mereka percaya bahawa projek rahsia ini seperti yang tertera ‘Novus Ordo seclorum’ akan siap apabila pemerintahan ini berjaya dilaksanakan.

‘Anuet Acueptis’? Siapa yang mereka mahu puaskan dengan projek mereka?
 Tentulah tuhan palsu mereka, al-Masih ad-Dajjal.

Namun apakah sebenarnya projek yang ditunggu-tunggu itu?
Secara umumnya, projek itu adalah ‘pembulatan’ dunia untuk membuang kepercayaan masyarakat bahawa tuhan tidak wujud. Dan kerana itulah istilah ‘Novus Ordo seclorum’ diletakkan iaitu sebuah PEMERINTAHAN DUNIA yang BARU!!! Sebuah kehidupan ilusi yang hanya mengejar kebendaan dan nikmat sehinggakan ada yang sanggup mati kerananya.

Bagi menggapai apa yang dimahukan, anda perlu menjadi sebahagian daripada sistem mereka terlebih dahulu. Mengulangi kitaran hidup dari hari Isnin hinggalah ke Jumaat tanpa ada pengisian rohani. Dengan alasan letih bekerja, solat berjemaah di masjid ditinggalkan, kasih sayang dan didikan agama anak-anak pula diabaikan..

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk Allah SWT.. Aminnn..



والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Saturday, 23 June 2012

Freemason di Malaysia?



      Apa itu Freemason?

          Freemason merupakan gerakan rahsia yang dianggotai oleh rakyat di benua Eropah majoritinya namun telahpun tersebar ke seluruh dunia. Bermula pada akhir abad ke 16, tetapi ada yang mengaitkan pertubuhn ini sejak tamadun Mesir Kuno lagi dengan pegangan penyembahan terhaap satu makhluk agung mereka, al-Masih ad-Dajjal.

FREEMASON= FREE + MASON

FREE
Pembesasan

MASON
Berasal dari Greek, iaitu Messiah yang bermaksud 'Nabi Penyelamat'. Dalam bahasa arab pula disebut Masih atau 'al-Masih' dengan membawa maksud yang sama. Bagi Islam, nabi penyelamat yang kita tunggu-tunggu adalah ialah Nabi Isa AS yang bakal diturunkan dengan izin Allah pada akhirat kelak bagi menewaskan Dajjal. Bagi Masonic pula, mereka adalah bertentangan dengan kita apabila menganggap Dajjal bakal menjadi nabi penyelamat mereka. Itulah sebabnya makhluk ini dipanggil al-Masih ad-Dajjal iaitu Dajjal Si Nabi Penyelamat. Namun perkataan Dajjal sendiri membawa maksud ‘penipu’ dalam Bahasa Arab iatu gabungan 3 huruf, ‘dal’ , ‘jim’ dan huruf ‘lam’.

Oleh itu, Freemason bermaksud ‘Pembebasan Nabi Penyelamat’.




Logo Freemason.


          Sesetengah ilmuan Freemason dan ulama Islam berpendapat bahawa bahawa Freemason bermatlamat kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Palestin apabila runtuhnya Masjid al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke tanah-tanah arab dan terus menuju ke Tanah Halal (Mekah dan Madinah) di Arab Saudi.

          Freemason di Malaysia? Di Malaysia, cawangan Freemason pertama beroperasi secara rasmi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME) pada 1916 di Kuala Lumpur an masih tidak mengubah namanya sehingga ke hari ini. Namun kini cawangan Freemason lain beroperasi sebagai Lodge Besar Kepulauan Timur (District Grand Lodges of the Eastern Archipelago atau DGLEA. Buat masa ini hanya 18 logi sahaja yang diketahui didirikan di Malaysia. 

Dewan Freemason, 136 Jalan Utama, Penang.

Dewan Freemason, 27 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak



Dewan Freemason, Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan. 



Dewan Freemason, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Malacca. 



Dewan Freemason, 100 Jalan Junid Muar, 84000 Johor. 


Dewan Freemason, Jalan Abu Bakar, Johor Bahru.



Dewan Freemason, Sibuga Rd., 90000 Sandakan, Sabah.


Berikut disertakan alamat kerana tiada gambar yang berjaya di temui:


1.  Dewan Freemason, 08000 Sungai Petani, Kedah

2.  Dewan Freemason, No 15 Jalan 18/16, Taman Kanagapuram, 46000 Petaling Jaya, Selangor
3.  U0078 Jalan Merdeka,Federal Territory of Labuan
4.  Dewan Freemason, Kota Kinabalu, Sabah
5.  Lodge di Tawau, Sabah tiada alamat.
6.  Tiada Lodge di Kuantan, Pahang (Negeri Pahang), Kuching (Negeri Sarawak) tapi dipercayai ianya aktif di negeri-negeri tersebut.


Gambar ini pula merupakan Lodge di Singapura:


           Semua mesyuarat Masonic di Singapura telah diadakan di dalam bangunan yang cantik dan bersejarah ini. Ia adalah salah satu bangunan tertua di sini sejak penubuhan Singapura oleh Sir. Stamford Raffles.
          Banyak lagi pembongkaran tentang tentang gerakan khurafat ini bakal dibentangkan untuk entry yang akan datang..

والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم               

Kita Bagai di Hipnosis



Pengawalan Minda

            Kebebasan. Kita sering terfikir bahawa kita bebas. Bebas untuk membuat hidup pilihan masing-masing. Tiak bergantung kepada orang lain untuk menentukan arah dan matlamat kehiupan kita. Anda terlupa bahawa sebenarnya anda terpaksa melalui peraturan dan prinsip hidup yang membebankan. Bentuk penguasaan yang paling besar ialah apabila anda merasakan kita bebas tetapi anda sebenarnya sedang dimanipulasi tanpa anda sedari..


            Perkara ini dapat anda analogikan apabila anda berada dalam sebuah penjara. Anda sedar bahawa anda tidak bebas buat masa itu apabila anda mampu melihat dan menyentuh gerigi besi yang mengelilingi anda dan menghalang anda dari keluar dari kurungan itu. Namun, adalah lebih menjadi masalah apabila anda tetap merasai kebebasan walhal anda tidak sedar akan gerigi besi yang mengililingi kurungan anda. Kita sebenarnya dipukau. Anda dipukau dengan perkara-perkara seperti ini..

Kepelbagaian saluran di televisyen dan radio.


Pernahkah kita menyiasat samada berita yang disampaikan kepada kita itu  benar ataupun direka-reka?


Terdapat cerita sebenar berbanding apa yang dipaparkan.

            Minda yang berjaya berfikir secara rasional merupakan ancaman yang besar bagi mereka selain ancaman ketenteraan dan undang-undang sebuah negara. Untuk menghapuskan ancaman besar ini, mereka telah berjaya mengukir sebuah pelan yang masyhur, yang bakal menguasai setiap aspek kehidupan manusia. Kehidupan anda!! Dan senjata itu telahpun berada di ruang rumah anda. Menghiburkan seluruh ahli keluarga anda dan secara tidak lansung mempengaruhi seluruh kehidupan anda..


            Dengan adanya sebuah kotak hitam di bucu bilik anda ini, idea-idea gila mereka berjaya diselindungkan. Anda terus mempercayai apa yang diperkatakan tanpa mengetahui hakikat sebenar apa yang berlaku. Lebih buruk lagi, kotak ini bukan sahaja merasuk minda dewasa anda, bahkan barah perosak minda ini sudah mula merasuk minda di awal kanak-kanak lagi..

Apa yang disampaikan melalui media kadangkala tidak ditapis terlebih dahulu.


Kanak-kanak menganggap apa yang mereka lihat dan dengar sebagai ilmu yang baru.

            Penyiaran secara berleluasa tanpa sekatan menyebabkan minda kanak-kanak dirasuk syaitan durjana. Dunia tanpa halangan dan sempadan. Katanya drama Melayu biasa, namun adegan serta tutur kata lucah dibiarkan sahaja. Seperti tidak ada yang tidak kena, malah ibu bapa masih turut serta. “ biasalah, mereka berlakon sahaja” , kata si bapa..

Perlukah babak ini diketengahkan semata-mata untuk menunjukkan realiti kehidupan sebenar?
Antara filem Melayu Islam mengarut yang pernah saya tonton.

Hiburan, permainan video dan kartun diulang dan diulang setiap hari. Akhlak buruk dicontohi, yang baik pula diperli-perli. Itulah yang menjadi idola kali ini..


Anda sedang diperintah oleh pemimpin-pemimpin dunia yang gila. Apabila mereka menguasai pemerintahan, undang-undang, dan struktur politik negara, segalanya akan diubah mengikut apa yang mereka mahu dan tetapkan. Inilah senjata utama freemasons dalam menguasai sesuatu kerajaan. Penguasaan minda sudah cukup untuk menyekat pergerakan dan tindakan anda dan sekaligus berjaya menghapuskan ancaman kepada agenda utama mereka iaitu The New World Order.

Saya tidak meminta anda membuang televisyen dan menumbuk skrin komputer anda. Atau membakar surat khabar dan koleksi majalah anda..



    
Tapislah yang buruk dengan ilmu dan syariat yang telah disampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW. Pantaulah anak-anak anda. Dekatilah al-Quran, amalkan sunnah nabi kita Muhammad SAW, dampingilah orang-orang yang soleh, insyaAllah selamat di dunia dan akhirat. ‘Jika kamu menjaga (perintah) Allah, Allah akan menjaga kamu’..

والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Firaun Hari Ini



Firaun Hari Ini

            Bacalah al-Quran dan cuba fahami isi di dalamnya. Anda akan menyedari salah satu daripada keistimewaan kitab agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini ialah kitab ini akan sentiasa boleh dirujuk dan diaplikasikan pada setiap zaman. Kisah berkenaan Firaun telah tercatat di dalam surah Taha, ayat 48-79.  Amati engan teliti. Firaun yang disebutkan di dalam surah ini bukanlah hanya Firaun yang menentang Nabi Musa AS sahaja, tetapi segala bentuk sistem pemerintahan yang mencabar ke-Esaan dan kekuasaan Allah SWT.

Tamadun Mesir Purba merupakan salah satu tamadun manusia yang agung di dunia. Segala artifak yang ditemui pada hari ini menjadi bukti betapa tamadun ini memberi 1001 impak dalam dunia moden pada hari ini. Namun segelintir misteri telah dirahsiakan oleh golongan elit di bawah tanah mesir selama 40000 tahun yang lalu. Pelbagai rekod yang teliti berjaya ditemui tetapi..



Tidakkah anda hairan mengapa setiap maklumat tentang kehidupan kaum Mesir Purba yang telah berkurun direkodkan berjaya ditemui. Namun tetapi mengapa tidak ada walau satupun pembongkaran tentang penemuan rekod pembinaan monumen paling agung tamadun ini. Dimanakah maklumat tentang piramid? Mengapaka tidak ada rekod yang menyebutkan tentang cara piramid dibina? Atau lebih tepat lagi, untuk apa piramid itu dibina? Kerana ‘rahsia’ purba ini merupakan maklumat yang amat penting bagi mereka..

Piramid Giza di bumi Mesir ini teriri dari 3piramid besar, dan 3 tiga piramid kecil.


Misteri pembinaan piramid ini pernah menimbulkan andaian kononnya ia dibina oleh makhluk asing dengan mengkaitkannya dengan gambaran piramid yang berjaya dirakamkan di Marikh.

Dan begitulah seterusnya. Kita masih dijajah oleh kaum Firaun sehingga ke hari ini..




  
            Mereka mengaplikasikan pembinaan pyramid Mesir Purba di seluruh pelusuk dunia sebagai bukti penguasaan mereka. Menyembunyikan rahsia di sebalik pembinaan monumen misteri ini..

Piramid di Mesir.

Piramid di Perancis.


Piramid di Itali.


Piramid di Las Vegas.


Piramid di Mexico.
Apakah sebenarnya hubungan tamadun Mesir Purba dengan mereka?

والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم