Friday, 22 June 2012

Senibina dan Penyaluran Tenaga



Senibina dan Tenaga

            Saya bukanlah seorang arkitek yang mahir dalam membicarakan tentang perkara berkaitan monumen dan senibina. Diilhamkan oleh FreedomTou, siasatan kali ini lebih memberi tumpuan tentang bagaimana sesetengah bangunan itu terbina atas konsep tenaga yang bakal disalurkan padanya. Apabila kita memahami konsep tenaga, kita akan menyedari bahawa rekabentuk bangunan ataupun senibina yang dihasilkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, tenaga yang dihasilkan bermula dari ANDA. Andalah yang menentukan samada aktiviti yang berlaku di dalam senibina tersebut akan menyalurkan tenaga yang bersifat positif ..


ataupun negatif..


Apakah rekabentuk binaan yang paling cekap menyalurkan tenaga? Senibina yang menggunakan rekabentuk ini adalah yang paling kuat dan efisien dalam menyalurkan tenaga.


Piramid


Kubah


Oktagon


Para Elite memahami konsep ini dengan baik dan mereka menggunapakai rekabentuk ini dalam pembinaan bangunan-bangunan mereka. Kita sedari bahawa masjid, gereja, sinagog dan rumah ibadat agama-agama lain turut menggunakan konsep ini dalam rekabentuk senibina untuk menyalurkan tenaga positif. Namun golongan penyembah syaitan pula menggunakannya bagi menyalurkan tenaga yang sebaliknya..

Piramid pada Obelisk


Bentuk kubah pada Washington DC


Gabungan rekabentuk utama pada  senibina hari ini


Piramid sebagai pusat tarikan di Las Vegas


Dan apabila monument-monumen ini menghasilkan pertempuran antara tenaga pada kadar yang tertentu, membuka ruang kepada Dajjal untuk muncul ke dunia. Mungkin bagi anda, ini seolah-olah tidak masuk akal. Benarkah senibina ini mampu menyalurkan tenaga dan mempengaruhi persekitaran?

Burj Khalifa di Dubai misalnya, semenjak menara pencakar langit itu mencapai ketinggian 2300 kaki Dubai berada dalam keadaan yang berkabus sedangkan dahulunya merupakan padang pasir yang tandus.

Burj Khalifa memegang rekod bangunan paling tinggi setakat.


Puncak menara dubai mampu dilihat dari setiap pelusuk Dubai.


Keadaan Dubai yang berkabus membingungkan ahli kaji cuaca. 

   
Beginilah yang berlaku apabila sebuah bandar memiliki bangunan yang unik seperti ini di kawasan tengah mereka, bangunan tersebut akan  mengaut tenaga yang berada di sekelilingnya.

Dan kita tidak lupa pada bangunan-bangunan seperti ini. Dan apa yang sedang berlaku di dalam bangunan ini adalah penentu kepada jenis tenaga yang dihasilkan..






   
Jika anda membuat kajian yang lebih terperinci, anda akan dapati bahawa bangunan-bangunan penting di dunia dibina atas garisan-garisan ‘ley’. Garisan ini menandakan titik strategic pada bumi..

Garisan Ley juga disebut Dragon Line.


Peta kedudukan Garisan Ley.

Apabila geometri, garisan-garisan ley, dan sesuatu senibina disatukan akan terhasillah sesuatu yang disebut STARGATE. Membuka pintu ke alam yang lain..

Apabila bangunan Emirates dipandang bersama  bangunan DIFC di Dubai, mereka dipanggil THE GATES..

DIFC yang terletak di Dubai.
Bintang ini melambangkan persilangan antara dua alam dan juga dikenali oleh ‘evil intersection’ dalam kalangan Zionist..

David Star adalah bintang yang sama diguna pakai pada bendera Israel.

Anda tahu apakah dia obelisk? Salah satu binaan oleh Firaun terdahulu. Dan kita masih boleh melihatnya kerana monument ini berada di sekeliling kita..

New York


Brazil


Mesir


Rome
Washington DC
Putrajaya? mungkin tidak. Obelisk biasanya berbentuk bulat.
Semua bukti peninggalan pengikut iblis, mengukir jalan untuk menanti kemunculan Dajjal. Namun sekuat mana mereka mencuba, sehebat mana mereka merancang. Allah menjanjikan kemenangan ke atas kita. Setiap daripada kita mempunyai pilihan samada menjadi pengikut Imam Mahdi dan Nabi Isa AS untuk memerangi Dajjal ataupun terus hayut dengan hasutan syaitan yang bakal membawa kita bersama-sama mereka ke neraka jahannam. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik perancang.. 


والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment