Thursday, 21 June 2012

Tamadun Manusia: Yang Beruk itu Mereka, Bukan Kita


               Pembohongan Tamadun Manusia

Allah SWT berfirman kepada malaikat apabila ingin menciptakan manusia pertama, bapa sekalian manusia, Nabi Adam AS:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Malaikat bertanya :

"Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".

Allah berfirman:

"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

                                                                                                                                              (al-Baqarah: 30)

Masa depan seseorang telah dicatat sejak 4 bulan di alam kandungan ibunya.
‘nama-nama’ itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat. itulah dia ILMU. Dengan ilmulah atangnya iman dan taqwa. Ilmu jualah yang mampu membezakan manusia dengan manusia yang lain dengan akal yang dikurniakan oleh Allah..
Agenda kemusnahan WTC.

Pembunuhan manusia secara beramai-ramai.

Pencabulan hak ke atas Palestin.
Peperangan tanpa henti.
Gambaran manusia di zaman Paleolitik dan Mesolitik.
Mengutamakan kehidupan sara diri berbanding berkomuniti.
Ukiran dan lakaran pada dinding gua dijadikan bukti kukuh kewujudan zaman batu ini.
Kononnya manusia pada waktu itu tidak berpakaian
Kononnya lukisan dan bahasa badan sebagai medium untuk berkomunikasi.
Kononya manusia hari ini telah mengalami beberapa peringkat evolusi  seperti ini.
Bagaimana pula dengan evolusi manusia 1 juta tahun lagi?


             Apabila disebutkan  zaman purba dan keadaannya, mereka akan mebayangkan  manusia yang hidup di dalam gua tanpa pakaian dan dalam keadaan compang camping. Tetapi kita lupa bahawa Kaa’bah dan masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam sebagaimana hadith Rasulullah SAW. Sebagai seorang muslim, kita percaya bahawa Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Adakah Baginda telah di turunkan ke dunia tanpa sebarang  ilmu? Adakah ciptaan-ciptaan sebegini kita gelarkan kononnya mereka itu ‘orang gua’ ?
Piramid Giza di Tamadun Purba Mesir.
Lakaran penulis tentang Taman Tergantung Babylon.
Stonehenge sebagai alat pengkajian sains.
Penggunaan bateri yang dijumpai di Babylon mendahului  kemajuan elektrik kita hari ini.
Charles Darwin 
Teori evolusi merupakan adaptasi dari teori saintis sebelumnya, John  Lamark.
Contoh:

         Persoalannya apakah perkara yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui oleh malaikat? perkara tersebut telah dijawab pada ayat yang seterusnya.

"dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala ‘nama-nama’ benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu ‘nama-nama’ benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
                                                                                                                                      (al-Baqarah: 31)

Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam ‘nama-nama’ keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua ‘nama-nama’ tersebut. Maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia kecuali iblis kerana kesombongan  dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah di muka bumi walaupun sudah diajarkan tentang ‘nama-nama’ oleh Allah. Mereka berikrar untuk menyesatkanmanusia sehingga hari kiamat.

           Apakah yang dimaksudkan dengan ‘nama-nama’ tersebut?




            Apabila ditanyakan kepada kita tentang tamadun manusia dan perkembangannya, fikiran kita pastinya membayangkan zaman-zaman batu seperti apa yang dicatatkan di dalam buku sejarah. Paleolitik!! Neolitik!! Mesolitik!! Zaman Gangsa!! Zaman Logam!! Begitulah yang diajarkan kepada kita di peringkat sekolah dahulu.




Kononya manusia pada waktu itu tidak mengerti apa-apa. Malah tiada bahasa yang dipertuturkan sehinggalah mereka berkembang maju sedikit demi sedikit dan akhirnya mereka memasuki zaman moden sepertimana kita berada sekarang ini. Tanyalah siapa sahaja, memang itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia. “Maafkan saya cikgu. Mengapa cikgu ajarkan saya sesuatu yang salah?”








Paleolitik? Mesolitik? Zaman Logam dan Besi?? Semuanya adalah dogeng belaka. Tahu siapakah dalang di sebalik pembohongan besar ini?? Charles Darwin dan pengikut-pengikut Freemasonnya.

Salah satu agenda Freemason adalah untuk menghilangkan kepercayaan kewujudan Allah, tuhan dalam kehidupan manusia sebagai pencipta asal alam ini. Saya bakal membentangkan lagi isu teori evolusi ini nanti. Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itulah beruk. Sebagaimana Allah telah menyumpah bani Israel yang melanggari perintah Allah pada hari Sabat.

Kenalilah sejarah kita dengan cara yang benar. Al-Quran secara jelas mengukur sejarah ketamadunan manusia melalui nabi-nabi yang diturunkan oleh Allah ke atas pelbagai kaum.

1.      “ ...di masa kerajaan Sulaiman …” (al-Baqarah : 102)
2.      “…sesudah Musa …” (al-Baqarah : 246)
3.      “…sesudah Nuh …” (Isra’ : 17)

Setiap nabi yang diutuskan mewakili ketamadunan tertentu seperti yang tercatat dalam sirah-sirah nabi yang biasa kita baca. Ambillah iktibar dari mereka. Bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehinggakan kita menyangka mereka berada di zaman batu.

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).
                                                                                                                                    ( Ali Imran : 137)



والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment