Thursday, 21 June 2012

Umat Muhammad pada Timeline



Kita Umat Akhir Zaman

            Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut nabi-nabi yang diutuskan. Seperti lagu nasyid “25 orang Rasul” yang kerap kita nyanyikan sewaktu di sekolah rendah dahulu. Begitulah aturannya. Bukanlah engan cara evolusi seperti yang diperkenalkan oleh Charles Darwin dan pengikut-pengikut Freemasonnya.

Evolusi: Teori yang gagal.

 Bermula dengan Nabi Adam AS sehinggalah kepada Nabi kita tercinta Muhammad SAW. Dan apabila nabi dan juga rasul terakhir telah diutuskan 1400 tahun dahulu, ini bermakna sejarah manusia telahpun sampai kepada fasa yang terakhir.

Terdapat 124000 orang nabi dan 315 orang rasul yang  diutuskan bagi  menyampaikan syariat Islam

            Menurut hadith Rasulullah SAW, zaman umat nabi Muhamma dapat dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
1.       Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
2.       Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
3.       Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
4.       Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
5.       Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]
*angka 1-5 diatas adalah tambahan untuk lebih mudah difahami. Tidak terdapat dalam matan hadith yang asal.

Penafsiran hadith ini adalah seperti berikut:

Turutan Zaman
Matan Hadith
Tafsiran
Pertama
Masa kenabian
Zaman pertama adalah ketika Rasulullah SAW masih hidup. Islam diperintah engan adil dan saksama. Zaman ini sudah berlalu.

Kedua
Masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian
Zaman kedua adalah semasa Islam diperintah oleh Khulafa’ ar-Rasyiddin. Bermula dengan Saidina Abu Bakar, Saidana Umar, Saidina Uthman, dan diakhiri oleh Saidina Ali. Zaman ini juga telah berlalu.

Ketiga
Masa kerajaan yang menggigit
zaman ke tiga adalah apabila pemerintahan kerajaan hanya diberikan kepada ahli keluarga iaitu keturunan mereka sahaja (monarki) seperti yang terdapat semasa pemerintahan kerajaan Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah. Zaman ini adalah yang paling lama dan baru sahaja berlalu.

Keempat
Masa kerajaan yang menyombong
Kemudian datang pula zaman yang diperintah oleh kerajaan yang menyombong dan bermaharajalela. Itulah fasa dimana kita hidup sekarang

Kelima
Masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian.

Fasa ke 5 adalah apabila dunia diperintah semula mengikut acuan nabi iaitu sistem khalifah mengikut syariat Islam yang sebenar di bawah pimpinan Imam al-Mahdi annabi Isa AS.


Nabi diam
Kemudian diamnya nabi selepas itu menandakan berakhirnya tamadun manusia pada hari ini.



 Rasulullah pernah mengingatkan manusia yang hidup pada fasa ke 4 ini tentang datangnya suatau fitnah terbesar dalam ketamadunan manusia. Dialah al-Masih ad-Dajjal.

Fitnah Dajjal menjadikan dunia huru-hara

Dia tidak akan datang semasa ataupun selepas fasa ke 5 kerana dunia telah berpihak kepada Islam pada waktu itu. Memandangkan fasa 3 telahpun berlalu, Iblis hanya mempunyai sedikit masa lagi dalam fasa ke 4 ini untuk menyesatkan manusia dan mengumpulkan sebanyak-banyaknya pengikut mereka untuk dibawa ke neraka seperti yang telah diikrarkan semasa Nabi Adam dicipta dahulu. Dan fasa ke 4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG!! Sebelum kita menunggu hadirnya Imam Mahdi untuk membawa kita ke fasa 5 seterusnya menamatkan ketamadunan manusia..

والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment