Pengawalan Minda
Kebebasan. Kita sering
terfikir bahawa kita bebas. Bebas untuk membuat hidup pilihan masing-masing.
Tiak bergantung kepada orang lain untuk menentukan arah dan matlamat kehiupan
kita. Anda terlupa bahawa sebenarnya anda terpaksa melalui peraturan dan
prinsip hidup yang membebankan. Bentuk penguasaan yang paling besar ialah
apabila anda merasakan kita bebas tetapi anda sebenarnya sedang dimanipulasi
tanpa anda sedari..
Perkara ini dapat anda
analogikan apabila anda berada dalam sebuah penjara. Anda sedar bahawa anda
tidak bebas buat masa itu apabila anda mampu melihat dan menyentuh gerigi besi yang
mengelilingi anda dan menghalang anda dari keluar dari kurungan itu. Namun,
adalah lebih menjadi masalah apabila anda tetap merasai kebebasan walhal anda
tidak sedar akan gerigi besi yang mengililingi kurungan anda. Kita sebenarnya
dipukau. Anda dipukau dengan perkara-perkara seperti ini..
Kepelbagaian saluran di televisyen dan radio. |
Pernahkah kita menyiasat samada berita yang disampaikan kepada kita itu benar ataupun direka-reka? |
Terdapat cerita sebenar berbanding apa yang dipaparkan. |
Minda yang berjaya
berfikir secara rasional merupakan ancaman yang besar bagi mereka selain ancaman
ketenteraan dan undang-undang sebuah negara. Untuk menghapuskan ancaman besar
ini, mereka telah berjaya mengukir sebuah pelan yang masyhur, yang bakal
menguasai setiap aspek kehidupan manusia. Kehidupan anda!! Dan senjata itu
telahpun berada di ruang rumah anda. Menghiburkan seluruh ahli keluarga anda dan
secara tidak lansung mempengaruhi seluruh kehidupan anda..
Dengan
adanya sebuah kotak hitam di bucu bilik anda ini, idea-idea gila mereka berjaya
diselindungkan. Anda terus mempercayai apa yang diperkatakan tanpa mengetahui
hakikat sebenar apa yang berlaku. Lebih buruk lagi, kotak ini bukan sahaja
merasuk minda dewasa anda, bahkan barah perosak minda ini sudah mula merasuk
minda di awal kanak-kanak lagi..
Apa yang disampaikan melalui media kadangkala tidak ditapis terlebih dahulu. |
Kanak-kanak menganggap apa yang mereka lihat dan dengar sebagai ilmu yang baru. |
Penyiaran secara
berleluasa tanpa sekatan menyebabkan minda kanak-kanak dirasuk syaitan durjana.
Dunia tanpa halangan dan sempadan. Katanya drama Melayu biasa, namun adegan
serta tutur kata lucah dibiarkan sahaja. Seperti tidak ada yang tidak kena,
malah ibu bapa masih turut serta. “ biasalah, mereka berlakon sahaja” , kata si
bapa..
Perlukah babak ini diketengahkan semata-mata untuk menunjukkan realiti kehidupan sebenar? |
Antara filem Melayu Islam mengarut yang pernah saya tonton. |
Hiburan,
permainan video dan kartun diulang dan diulang setiap hari. Akhlak buruk
dicontohi, yang baik pula diperli-perli. Itulah yang menjadi idola kali ini..
Anda sedang diperintah oleh pemimpin-pemimpin dunia yang gila. Apabila
mereka menguasai pemerintahan, undang-undang, dan struktur politik negara,
segalanya akan diubah mengikut apa yang mereka mahu dan tetapkan. Inilah
senjata utama freemasons dalam menguasai sesuatu kerajaan. Penguasaan minda
sudah cukup untuk menyekat pergerakan dan tindakan anda dan sekaligus berjaya
menghapuskan ancaman kepada agenda utama mereka iaitu The New World Order.
Saya tidak meminta anda membuang televisyen dan menumbuk skrin komputer
anda. Atau membakar surat khabar dan koleksi majalah anda..
Tapislah yang buruk dengan ilmu dan syariat yang telah disampaikan
kepada kita melalui Rasulullah SAW. Pantaulah anak-anak anda. Dekatilah
al-Quran, amalkan sunnah nabi kita Muhammad SAW, dampingilah orang-orang yang soleh, insyaAllah
selamat di dunia dan akhirat. ‘Jika kamu menjaga (perintah) Allah, Allah
akan menjaga kamu’..
والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment