Friday, 22 June 2012

Manusia Sebagai Penyalur Tenaga



Manusia Sebagai Penyalur Tenaga

            Ringkasan daripada konsep senibina dan penyaluran tenaga yang dibentangkan tempoh hari, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kita terfikir bagaimana tenaga itu dihasilkan oleh sesuatu yang bukan hidup? Telah saya katakan bahawa tenaga yang disalurkan berpunca dari ANDA serta aktiviti yang anda lakukan.

Einstein sebagai pengasas formula tenaga.
Atom yang terdiri oleh Elektron, Proton dan Neutron

Tenaga/aura yang terdapat pada manusia mampu dipengaruhi dan mempengaruhi keadaan sekeliling. 
Fahaman Budha mengamalkan konsep Ying Yang sejak berkurun lamanya.
Persekitaran yang positif menjanjikan ketenangan dan kedamaian.
Kesibukan bandar memberi impak negatif.





Pantheon
Washington DC


Perlu diingatkan bahawa segalanya adalah tenaga!


Energy(E) = mass(m) x square of the speed of light(c2)

Sekiranya kita mengkaji tubuh kita sehingga kepada zarah yang paling kecil, apakah yang bakal anda temui? Atom iaitu gabungan antara tiga jenis caj.  Caj negatif disimpan oleh elektron, caj positif dibawa oleh proton manakala neutron tidak membawa apa-apa caj..


Ini bermakna pada asasnya diri kita adalah tenaga. Subhanallah begitu jugalah Bumi ini dan alam semesta sekelilingnya. Setiap mereka memiliki zarah terkecil yang menjadi asas dalam setiap kewujudan di dunia..







Allah telah menjadikan kita sebagai manusia yang berakal sebagai pemancar tenaga di mana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga di sekeliling kita, dan paling penting mampu mempengaruhi tenaga di sekeliling kita. Kita boleh menyebarkan tenaga positif mahupun negative kepada orang lain dengan hanya menyentuh.




Betul kan? Sama seperti konsep merapatkan saf ketika solat berjemaah bagi mengimbangi tenaga positif dan negative dalam badan anda.




            Dengan niat yang baik untuk menunaikan solat, tenaga positif yang dibawa oleh setiap orang bagi menunaikan solat berjemaah telah bergabung bagi mewujudkan suasana positif. Begitulah juga jika adalah membawa tenaga negative, dan menuju ke tempat yang dipenuhi oleh manusia yang membawa tenaga yang sama, medan tenaga negative akan terbentuk. Seperti kata pepatah, ‘What goes around comes around’. Kita sebenarnya amat sensitif dengan tenaga yang berada di sekeliling kita. Itulah sebabnya kita berasa selesa apabila dikelilingi dengan tenaga positif dari alam semula jadi dan berasa sebaliknya apabila berada di sebuah Bandar yang sibuk..


            Sebagai contoh, apabila anda masuk ke dalam masjid, ana dapat merasakan suasana yang penuh dengan ketenangan dan kerohanian. Masjid sebagai tempat manusia focus dalam menyembah dan beribadah kepada Allah serta meninggalkan segala urusan berbentuk duniawi. Kerana ibadah-ibadah inilah, tenaga dapat dihasilkan seterusnya mewujudkan keadaan sekeliling yang positif an penuh kerohanian. Sear atau tidak, kebanyakan masjid di dunia direka engan reka bentuk yang sama. KUBAH beserta tiang OKTAGON..






            Rekabentuk unik ini bukan hanya terhad pada masjid sahaja malah rumah ibadat agama lain juga turut menggunakannya..



            Mengapa agaknya? Kerana octagon, kubah dan piramid ialah rekabentuk terbaik untuk menyalurkan tenaga. Apa yang menentukkan jenis tenaga yang disalurkan? Jenis aktiviti manusia yang berlansung di dalamnya. Bagi bangunan-bangunan yang dimiliki oleh golongan elit pula, hampir kesemuanya dibina berdasarkan geometri suci (sacred geometry) sejak zaman berzaman..



            Sekiranya anda mengerti tenteng hubungkait antara tenaga dan senibina, anda akan mengerti mengapa senibina-senibina ini direka sebegitu. Sekarang apa pula yang dimaksudkan dengan ‘PINTU GERBANG DIMENSI’ atau STARGATE? Stargate adalah lokasi-lokasi di bumi yang dipanggil pusat vortex ataupun pusat pusaran (vortex point). Pusat-pusat itu memiliki jumlah tenaga yang tinggi..



Kebanyakan monument golongan elit dibina pada vortex. Anda juga tahu jenis tenaga yang mereka salurkan bukan? Dan apakah yang mereka seru semasa pemujaan mereka? Merekalah pemuja syaitan yang menganggap Iblis (Lucifer) tuhan mereka..


" dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata"
      ( al-Baqarah: 168)
والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment