Saya pernah ditanya mengenai teori konspirasi.. “ Apa yang perlu
diendahkan sangat. Biarkan mereka dengan konspirasi mereka dan kita teruskan
dengan kehidupan kita”.
Mungkin ada yang menyedaribahawa keadaan duniakita hari ini telah berubah. Merasuk diri anda secara tidak sedar. Ada sesuatu
yang bermain di fikiran anda. Seolah-olah ada yang tidak kena pada dunia hari
ini. Anda mampu merasakannya pada setiap perkara yang kadangkala tak mampu pula dijelaskan oleh akal. Saya cuba membebaskan minda anda. Tapi
saya hanya mampu menunjukkan pintunya. Kerana andalah yang menentukan samada
ingin memasuki pintu itu ataupun tidak..
Ciri-ciri Dajjal; buta sebelah mata dan terdapat perkataan 'kafir' pada dahinya. |
Kemusnahan WTC |
Riba' pada mata wang kertas. |
Agenda syaitan yang semakin tersebar. |
Kewujudan blog ini adalah untuk menyiasat tentang ketibaan Dajjal, Imam Mahdi dan penurunan ke-2 Nabi Isa AS serta penerapan sikap penghormatan dan persefahaman di antara agama dan juga cuba mendidik anda untuk memulihkan dunia kita pada hari ini..
Rasulullah SAW bersabda:
" Daku memberi amaran kepada kamu
tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran
kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya
tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi
pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah
bermata satu dan Allah tidak bermata satu."
Hampir semua budaya meramalkan ketibaannya. Walaupun sesetengah darinya takut akan ketibaannya. Ramai juga yang telah bersedia selama beribu-ribu tahun. Membuka karpet merah untuk laluannya. Atau lebih tepat lagi, membuka karpet hitam dan putih untuknya. Namun apakah sebenarnya tanda-tanda ketibaannya?
Sejak permulaan tamadun, asas-asas penyembahannya telah lama disediakan:
1. Babylon
2. Tamadun Mesir Purba
3. Kaum Maya
Dan hari ini..
Dengan izin Allah, saya akan cuba merungkai satu persatu rahsia mereka kepada anda. Agenda ‘Pembebasan Dajjal’ ataupun Freemason tidak asing bagi kita malah kita sudahpun berada di dalam sistem mereka sejak beberapa dekat yang lalu. Segala asas-asas tentang kedatangannya akan saya utarakan dalam entry yang akan datang.
Apa yang dipersembahkan oleh blog ini selain al-Quran dan hadith janganlah dianggap betul sepenuhnya, tetapi merupakan satu penyiasatan yang teliti dan memerlukan kajian yang berterusan dari pihak anda sendiri..
Semoga kita mampu mencapai manfaat bersama sebagai musafir di bumi Allah ini sebelum kita menuju ke akhirat, syurga yang telah Allah bina bagi sesiapa yang menegakkan agamanya insyaAllah..
والله تعالى أعلم .. اللهم صلي على
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment