Walaubagaimanapun, Dr. Wernher Von Braun, yang merupakan bapa sains roket Amerika ini menjelaskan bahawa persenjataan angkasa lepas perlu dihentikan kerana wujudnya sebuah penipuan besar yang bakal berlaku terhadap masyarakat dunia.
1. Kononya, matlamat asal penciptaan ini ialah untuk menandingi
kehebatan teknologi kerajaan Russia yang merupakan musuh ketat mereka dalam
perlumbaan bagi membina senjata angkasa lepas pertama.
2. Kemudian akan wujud negara-negara yang disebut sebagai ‘pengganas’
juga dipanggil negara-negara yang mengganggu sebagai medium untuk mereka mencuba
senjata-senjata ini.
3. Kemudian pula akan datangnya berita mengenai gangguan asteroid
terhadap bumi secara berkali-kali yang memerlukan mereka kehadapan bagi membina sistem
perlindungan untuk bumi ini.
4. Dan yang terakhir adalah tentang kedatangan ancaman makhluk asing terhadap
manusia sejagat.
Kemudian dia mengatakan lagi, akan wujudnya putar belit yang berlaku,
dan memaksa mereka membina persenjataan angka salepas bagi menyerang kononya
‘musuh’ di luar sana. seperti video game bukan?
Mengenai teknologi moden hari ini, sebuah piring terbang yang diberi
nama Silverburg telahpun dicipta. Ia merupakan sebuah objek terbang yang
memiliki jumlah enjin yang banyak bagi memudahkan pembelokan dan dapat memecut
dengan pantas. Dan sebenarnya teknologi ini telah lama dibina di Jerman semasa
perang dunia ke 2.
Melvin Goodman (CIA - Senior Analyst 66-86) membongkarkan bagaimana CIA
(Central Intelligent Agent) dan pihak tentera membantu media dalam menerbitkan
berita-berita palsu tentang penemuan UFO. Mereka mengiyakan segala penemuan
mahupun penyaksian terhadap UFO dari orang awam untuk memesongkan pemikiran
mereka tentang kebenaran yang mereka lihat. Tahukah anda bahawa kebanyakan
laporan penyaksian UFO yang dibuat kebanyakannya berdekatan dengan pengkalan
tentera sesebuah negara. Apakah maksudnya semua ini? Kerana segala bentuk
penciptaan dan kajian mengenai piring terbang berteknologi tinggi ini dibina
dan disorok serahsia-rahsianya di pengkalan tentera yang memiliki kawalan yang
ketat supaya perkara ini tidak diketahui umum.
Cathy O’Brien, pernah membongkarkan rahsia-rahsia tentang Tindakan
Sekuriti National (National Security Act). Dia memberi gambaran bahawa kepimpinan
Zionist ini sebenarnya, masih kekal sekurang-kurangnya 25 tahun lebih maju dari
segi ketenteraan, ilmu, maklumat dan rahsia-rahsia dari apa yang kita lihat
pada hari ini. Rancangan yang teliti ini amat perlu bagi merealisasikan New
World Order seterusnya meletakkan orang awam dalam keadaan yang sangat
memerlukan bantuan. Mereka perlu melindungi rancangan penaklukan dunia ini
dengan mengatakan bahawa kita menghadapi serangan makhluk asing. Kali ini,
seperti biasa, media akan membawa peranan penting bagi meyakinkan masyarakat
dunia tentang situasi yang bakal menimpa.
Bak kata William Shakespears: “dunia ini adalah pentas, dan kita semua
hanyalah pelakon di atasnya”. Adakah rancangan licik ini kan berlaku? Kitalah
yang akan tentukan. Bersambung pada entry yang akan datang.
No comments:
Post a Comment