We always miss u too Rasulullah ♥ ~ :')
Suatu ketika Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Rasulullah SAW dengan para sahabat ra yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia.
“Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (IKHWANku),” kata baginda Rasulullah SAW.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar ra bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikirannya.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan;
“IKHWANku adalah MEREKA YG TIDAK PERNAH MELIHATKU TETAPI MEREKA BERIMAN DENGANKU DAN MEREKA MENCINTAI AKU MELEBIHI ANAK DAN ORANG TUA MEREKA. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.”
“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui IKHWANku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” (Hadis Riwayat Muslim)
Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi ra yang berjuang menegakkan Islam”.
♥ luv u always ya Rasululah SAW ♥ :')
Wednesday, 16 January 2013
Saturday, 5 January 2013
Hargailah Alam; Mereka Juga Berjiwa
Dalam surah ar-Rum, ayat 41, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali ke jalan yang benar."
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali ke jalan yang benar."
"I don't understand when we destroy something by man we call VANDALISM, but when we destroy something created by nature we call it progress" - Ed Begly Jr.
Di saat kita menyaksikan betapa alam ini penuh dengan bencananya, banjir, tsunami, gempa bumi, letusan gunung berapi, pemanasan global, tanah runtuh, dan sebagainya, kadangkala kita terlupa kepada siapakah sepatutnya jari ini ditudingkan. Betapa cantiknya bumi Allah ini pada awal ciptaannya, telah dirosokkan sedikit demi sedikit oleh manusia.
Benarlah kata Ed Begly Jr., kita bakal marah pada golongan yang merosakkan harta benda awam malah mewujudkan istilah baru dipanggil VANDALISME, bagi mereka yang terlibat dengan gejala ini. Namun tidak pula marah pada kemusnahan hutan, yang ditebang begitu sahaja untuk membina perabut. Membunuh hidupan liar sesuka hati untuk perhiasan dan pakaian, membuang sampah merata-rata, membazirkan air dan sumber tenaga, pembebasan gas kimia di udara, anda gelarkankan itu sebahagian bukti KEMAJUAN TAMADUN MANUSIA? dimanakah letaknya hubungan makhluk dan alam, jika sekiranya tidak menjaga antara yang lain. Sesungguhnya ketahuilah alam yang dicipta Allah ini berjiwa dan menuntut kembali akan apa yang anda lakukan. Jadi janganlah menyombong tatkala kamu berjalan di atasnya.
Kurniaan Allah:
Hasil tangan manusia:
Kurniaan Allah:
Hasil tangan manusia:
Kurniaan Allah:
Beberapa hadith meriwayatkan tentang wujudnya jiwa pada setiap makhluk yang diciptakan. Misalnya kisah tunggul kurma yang menangis, malah didengari oleh sekalian sahabat. Tangisan tunggul kurma itu adalah disebabkan merajuk, setelah Rasullah tidak lagi menggunakannya sebagai tempat untuk berpijak bagi menyampaikan khutbah, apabila para sahabat selesai menyiapkan mimbar yang baru untuk baginda. lalu Rasulullah menenangkannya dan memujuknya agar berhenti menangis.
Selain itu, Rasulullah juga ada menceritakan dan memberitahu para sahabat tentang batu-batu kecil yang menyampaikan salam kepadanya semasa sedang berjalan di sekitar Mekah. Juga semasa nabi Musa AS bersama sekumpulan yahudi memanjat gunung, tiba-tiba gunung itu bergegar seolah-olah memberontak, lalu ditenangkan oleh nabi Musa AS. Malah banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan hubungan alam dengan manusia. Sedangkan penduduk langit dan bumi bertasbih memuji Allah, berselawat ke atas baginda Rasulullah, siapakah kita yang hanya menyombong diri dan merosakkan ciptaan Ilahi ini seolah-olah dunia ini kita yang punya?
Pernah dengar tentang pokok GHARQAD? iaitu sejenis pokok yang dikhabarkan oleh Rasulullah akan melindungi yahudi laknatullah untuk berlindung, semasa berlakunya peperangan terbesar antara Islam dan Yahudi nanti. bukankah ini menunjukkan pokok dan batu juga berkata-kata?
Pokok gharqad yang ditanam meluas di Israel. |
Allah SWT berfirman kepada malaikat apabila ingin menciptakan manusia pertama, bapa sekalian manusia, Nabi Adam AS:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Malaikat bertanya :
"Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(al-Baqarah: 30)
(al-Baqarah: 30)
Jika sekiranya kamu tidak mampu berjihad dengan mengangkat pedang, berjihadlah memilihara bumi ciptaan Allah ini. Moga-moga dengan amalan kamu yang sedikit itu, bakal membantu kamu disaat hisab di akhirat kelak.
Friday, 4 January 2013
Penipuan Terbesar: Tuhan Hanyalah Ilusi
Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan
terbesar golongan illuminati ini? Yang merupakan agenda yang sama sejak zaman
berzaman namun menggunakan muslihat yang berbeza?
Inilah dia penipuan untuk memesongkan manusia daripada mempercayai kewujudan Allah, tuhan sekalian alam.
Inilah dia penipuan untuk memesongkan manusia daripada mempercayai kewujudan Allah, tuhan sekalian alam.
Bagi golongan elit yang melibatkan diri dalam pergerakan
illuminati, terdapat tiga polisi utama yang diterapkan oleh iblis, yang perlu mereka ikuti. Iaitu:
1. Memastikan setiap manusia mempercayai dan meyakini bahawa malaikat dan
syaitan tidak wujud.
2.
Pengawalan minda (mind control)
3.
Memusnahkan kitab-kitab Allah (Taurat, Zabur, Injil, dan al-Quran).
Mari kita rungkai polisi ini satu persatu. Polisi
PERTAMA yang secara jelas menyatakan bahawa setiap ahli illuminati ini bekerja
adalah untuk memastikan setiap manusia mempercayai dan meyakini bahawa malaikat
dan syaitan tidak wujud. Sama konsepnya dengan menafikan kewujudan tuhan, hari
kiamat, dan balasan syurga dan neraka. Manusia bakal beranggapan bahawa
sebenarnya dunia ini adalah tempat lahir dan mati mereka tanpa wujudnya alam
selepas itu. Jadi mereka akan bekerja dan berseronok demi dunia tanpa perlu
beribadah, mengesakan Allah SWT.
Polisi KEDUA adalah melalui pengawalan dan
perubahan persepsi dalam pemikiran manusia. Perkara ini boleh dilakukan dengan
penggunaan ilmu mistik dari alam ghaib, tetapi diperkenalkan dalam bentuk
berbeza iaitu sebagai salah satu perkara sains berteknologi tinggi untuk
kemodenan kehidupan umat manusia. Iblis akan menggunakan orang-orang terpilih,
iaitu mereka yang memiliki potensi dan tahap pendidikan yang tinggi. Kemunculan
teknologi-teknologi hebat yang kononnya dipelopori oleh mereka ini akan
meletakkan manusia seolah-olah berada pada tahap kemunduran, dan taksub akan
kemajuan dan kemodenan duniawi dan membuatkan kita lupa akan sejarah-sejarah
purba. Inilah salah satu cara untuk membuang kewujudan agama dalam
kehidupan manusia, dan mereka akan menyembah dan lebih mempercayai terhadap
kehebatan teknologi sains moden.
KETIGAnya adalah dengan memusnahkan kitab-kitab
Allah (Taurat, zabur, Injil dan al-Quran). Dengan memperkenalkan
teori evolusi manusia kepada masyarakat umum. Seperti mana yang kita ketahui,
al-Quran sendiri menceritakan tentang kehidupan manusia yang pertama iaitu Nabi
Adam AS. Strateginya amat menarik. Dalam sebuah mesyuarat agung majlis mereka,
persetujuan telah dibuat untuk member tugas kepada syaitan bagi mengajar
Charles Darwin secara rahsia dalam mengasaskan teori evolusinya. Semua ahli
difahamkan bahawa jika sekiranya seorang manusia percaya akan teori evolusi
ini, hal ini akan memusnahkan sepenuhnya kepercayaan manusia terhadap
kitab-kitab Allah, seterusnya menjauhkan manusia dari mempercayai wujudnya
tuhan Maha Pencipta, serta tidak akan ada dalam ingatan mereka mengenai hari
pembalasan di akhirat kelak.
Faktanya, teori evolusi yang kita pelajari hari
ini sebenarnya telah dicipta oleh iblis sendiri. Charles Darwin merupakan
antara manusia yang dihormati dan diiktiraf selepas itu oleh syaitan-syaitan
kerana memiliki ilmu tentang evolusi ini, yang merupakan hasil pengajaran
peribadi dari iblis. Seolah-olah dia dianggap menteri dalam majlis mereka. Dia dihadiahkan kekuatan dan
pengaruh untuk membutakan pemikiran manusia dan meyakinkan mereka tentang muslihat
ini. Begitulah juga kepada guru-guru pada zaman kita yang menerangkan kepada
umum tentang kebenaran evolusi, mereka juga mendapat penghormatan dari syaitan
kerana membantu kerja mereka. Tahniah!!!
Jadi apakah matlamat disebalik 3 polisi ini?
Bagaimana mungkin Iblis disembah jika manusia tidak mempercayai kewujudan pencipta?
Ini adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan..
Setelah perubahan
terhadap pemikiran manusia berjaya mereka ubah, iaitu membuang kewujudan tuhan
dalam dunia manusia, satu rancangan
agung untuk mempengaruhi minda kita akan dilaksanakan, untuk menutup segala
bentuk kontroversi antara kebaikan dan kejahatan. Perkara ini akan dilaksanakan
melalui jalan yang sangat unik. Iaitu.. syaitan-syaitan ini akan mengaku bahawa
mereka datang dari planet-planet yang jauh dari alam semesta, yang akan
memberikan amaran kepada manusia bahawa akan ada satu bencana besar jika
sekiranya suatu perkara ini tidak dibetulkan. Seperti tidak masuk akal bukan? Apakah rancangan-rancangan mereka
ketika itu?
- Syaitan/jin ini akan menyamar sebagai makhluk asing dan tidak akan berhenti meyakinkan kamu tentang idea ini.
- Memusnahkan Islam.
- Memperkenalkan agama dunia yang baru. Sebuah agama yang mengajar kamu bahawasanya ‘ Kamu adalah Tuhan! ’.
Kepulangan Nabi Isa AS, Imam Mahdi sebagai
penyelamat kita, dan apakah peranan kita seterusnya akan dibincangkan lagi
dalam entry yang akan datang..
Lantai Hitam dan Putih (Chekered Floor)
Lantai hitam dan putih sebagai simbolik ritual mereka? Sejauh mana kebenarannya? |
Seperti manusia, terdapat golongan jin yang bersifat baik mahupun jahat. Terdapat juga mereka yang alim
dan menyembah Allah, malah ada yang menafikannya. Mereka wujud dalam alam yang
berbeza. Allah memberi amaran kepada manusia agar tidak berkerjasama dengan
mereka antara dua alam ini, untuk kepentingan duniawi, menzalimi umat manusia yang lain. Oleh itu, bukanlah jin yang baik, jika dia
bekerjasama dengan kamu kerana sesungguhnya dia juga telahpun melanggari arahan
Allah. Penipuan besar yang mereka wujudkan ke atas manusia ini hanyalah
semata-mata bertujuan bagi menyesatkan kamu untuk menyembah ketua mereka. Secara zahir mahupun tersembunyi, manusia yang turut bekerjasama dengan
jin-jin ini sebenarnya bersikap sama sahaja dengan mereka yang menyokong agenda
ini.
Penggunaan sihir bererti mensyirikkan Allah. |
Seperti juga
manusia, terdapat juga jin yang berpangkat rendah mahupun tinggi. Jin yang
berpangkat rendah ini biasanya bekerja dengan manusia biasa seperti penilik
nasib, bomoh, penyembuh, pemukau, penyihir, dan lain-lain lagi. Begitulah
sebaliknya, jin-jin yang berpangkat tinggi ini akan bekerjasama dengan
merekayang berpangkat tinggi dalam dunia kita.
Berhubung dengan penguasa-penguasa alam ghaib
bukanlah sesuatu yang mudah. Beberapa upacara perlu diadakan pada tarikh-tarikh
dan tempat-tempat tertentu untuk mengeluarkan beberapa jenis tenaga tertentu.
Upacara ini melibatkan tindakan yang sangat jijik dan biasanya memerlukan
pengorbanan dan pertumpahan darah. Upacara ini akan membuka sejenis pintu yang
dipanggil ‘stargate’ yang akan menjadi pintu perhubungan 2 dimensi berbeza ini. Mungkin sebelum
ini kita biasa terdengar tentang pengamalan ‘pengorbanan’ kepada tuhan dalam
cerita dongeng mahupun di layar perak.
Kejadian 11 September dikhabarkan merupakan salah satu ritual pengorbanan nyawa. |
Bumi memiliki lay-line, iaitu garisan yang akal menemukan titik sesuai untuk membuka stargate. |
Filem Stargate. |
Kebanyakan bangunan-bangunan utama dunia dibina di atas lay-line ataupun garisan lay. |
Ritual ‘pengorbanan’ ini akan menjadi alat
perhubungan dengan syaitan di alam ghaib. Pertumpahan darah yang berlaku adalah
bertujuan sebagai perantara untuk memasuki kawasan-kawasan suci ini. Dahulunya
kita mengetahui bahawa amalan-amalan ini dalam masyarakat-masyarakat jika
sekiranya berlaku sesuatu malapelataka ke atas sesuatu bangsa seperti kemarau
panjang, wabak penyakit, bencana alam dan sebagainya sebagai hadiah untuk
memohon doa ke atas kuasa mistik.
Pengorbanan manusia Kaum Aztec |
Namun, adakah ritual ini sudah berhenti setakat
hari ini? Setiap pemimpin yang mengikuti zaman ini sebenarnya melakukan upacara
yang sama tetapi dengan cara yang berbeza. Inilah dia lantai hitam dan putih.
Sebagai lambang perhubungan dan persilangan dua alam. Begitulah bentuk
perjalanannya. Satu tiang melambangkan cahaya, manakala satu tiang lagi
melambangkan kegelapan. Cahaya melambangkan dunia kita, dan kegelapan
melambangkan dunia mereka. Hitam putih inilah sebagai lambang penyatuan dua
alam ini yang mana semua ritual freemason akan dijalankan di atasnya.
Bagaimanapun lantai ini hanyalah sebuah bentuk
perlambangan sahaja dan upacara yang berlaku di atasnya yang akan menentukan
pembukaan pintu-pintu ini. Selama beberapa abad lalu, golongan illuminati telah menyembah dan memanggil syaitan dan jin di atas lantai hitam dan putih
ini dan ‘secara kebetulannya’ mengambil bahagian dalam merealisasikan agenda
Pemerintahan Dunia Baru untuk manusia.
Biarlah ketua mereka merancang. Biarlah tipu
muslihat ini diteruskan. Kerana apa yang kita semua tahu, Allah jualah yang Maha
Merancang.
Hakikat Tentang Tuhan-tuhan Mereka
Kita dapat fahami bahawa amalan penyembahan banyak tuhan sebegini bukanlah
suatu fenomena yang baru. Ia telah berlaku sejak permulaan tamadun lagi. Jadi
apakah dia roh-roh syaitan ini? Mereka itulah makhluk Allah, dan mereka ini
telahpun dijelaskan oleh al-Quran, Injil, mahupun Taurat sebagai syaitan
ataupun malaikat yang dilaknat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai ‘jin’.
Manusia-manusia tertentu telahpun bekerjasama dengan jin ini untuk memperoleh
nikmat dunia.
Golongan-golongan
elit ini akan melalui sebuah kontrak sumpah setia, ataupun pakatan secara
sukarela yang perlu dilakukan berdasarkan prinsip tolak ansur. Jika sekiranya
kamu membekalkan apa sahaja yang mereka mahu, mereka akan memberikan apa sahaja
hajat kamu di dunia. Kadangkala, dalam kehidupan seharian kita sekalipun, kita
biasa mendengar penawaran seperti ini dari sesiapapun. Ilmu yang didapati
melalui komunikasi antara dua alam bersama jin atau syaitan atau malaikat yang
dilaknat ini akan lebih mencerahkan mereka. Dan sebab itulah ada yang
memanggil golongan ini sebagai illuminati, iaitu mereka adalah golongan yang
dicerahkan ataupun dikurniakan dengan ilmu rahsia (sihir). Inilah dia punca
utama konspirasi global.
Illumunati bermaksud 'pencerahan' tentang ilmu-ilmu sihir |
Dalam kartun ini, Aladdin diberikan kertas kontrak untuk ditandatangani sebagai perjanjian kerjasama dengan Jin. |
Wayang-wayang seperti inilah yang dihidangkan kepada kanak-kanak agar
mereka percaya terhadap kewujudan kuasa ghaib yang mampu mengkabulkan apa
sahaja permintaan mereka. Lihatlah segala apa yang dipaparkan di media massa,
kamu akan memahaminya. Dan semua itu bukanlah sebuah kebetulan.
Dan jika sekiranya
kamu hairan bagaimana golongan illuminati ini bertanggungjawab dalam bidang
kekuasaan dunia kita, kamu sekarang faham bagaimana golongan ini ‘dicerahkan’
dengan ilmu sihir jin ini sebagai puncanya. Kamu juga akan faham bagaimana jin
ini berjaya menceroboh masuk di dalam kehidupan manusia dengan rupa yang berbeza
bukanlah hanya pada zaman ini sahaja. Kamu sekarang memahami apakah yang
dimaksukan denga ‘tuhan-tuhan’ bagi golongan ini.
Dahulu..
1. Tuhan Firaun, Horus
2. Tuhan-tuhan Annunaki
3. Firaun Hijau
4. Tuhan Firaun, Annubis
5. Tuhan ular kaum Maya, Kukulkan
6. Tuhan-tuhan kaum Greek
7. Tuhan Biru kaum Hindu
Dan hari ini..
1. Makhluk asing
Selepas teori evolusi gagal, mereka cuba membawa idea baru. |
2. Shapeshifting reptilians
Dikhabarkan makhluk ini mampu merubah rupa asalnya menjadi sesiap yang dia ingini. |
Manifestasi ini diubah berdasarkan kepada budaya yang wujud disekeliling
kamu. Ia merupakan penipuan yang sama, namun pada zaman yang berbeza. Saya
bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani. Tuhan yang Maha Esa, tuhan sekalian alam. Tuhan yang sama yang
disembah oleh nabi Adam, Musa, Isa dan Muhammad SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)