Friday, 4 January 2013

Penipuan Terbesar: Tuhan Hanyalah Ilusi


     Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan terbesar golongan illuminati ini? Yang merupakan agenda yang sama sejak zaman berzaman namun menggunakan  muslihat yang berbeza? 

Inilah dia penipuan untuk memesongkan manusia daripada mempercayai kewujudan Allah, tuhan sekalian alam.


Bagi golongan elit yang melibatkan diri dalam pergerakan illuminati, terdapat tiga polisi utama yang diterapkan oleh iblis, yang perlu mereka ikuti. Iaitu:

1.    Memastikan setiap manusia mempercayai dan meyakini bahawa malaikat dan syaitan tidak wujud.
2.       Pengawalan minda (mind control)
3.       Memusnahkan kitab-kitab Allah (Taurat, Zabur, Injil, dan al-Quran).

Mari kita rungkai polisi ini satu persatu. Polisi PERTAMA yang secara jelas menyatakan bahawa setiap ahli illuminati ini bekerja adalah untuk memastikan setiap manusia mempercayai dan meyakini bahawa malaikat dan syaitan tidak wujud. Sama konsepnya dengan menafikan kewujudan tuhan, hari kiamat, dan balasan syurga dan neraka. Manusia bakal beranggapan bahawa sebenarnya dunia ini adalah tempat lahir dan mati mereka tanpa wujudnya alam selepas itu. Jadi mereka akan bekerja dan berseronok demi dunia tanpa perlu beribadah, mengesakan Allah SWT.



Polisi KEDUA adalah melalui pengawalan dan perubahan persepsi dalam pemikiran manusia. Perkara ini boleh dilakukan dengan penggunaan ilmu mistik dari alam ghaib, tetapi diperkenalkan dalam bentuk berbeza iaitu sebagai salah satu perkara sains berteknologi tinggi untuk kemodenan kehidupan umat manusia. Iblis akan menggunakan orang-orang terpilih, iaitu mereka yang memiliki potensi dan tahap pendidikan yang tinggi. Kemunculan teknologi-teknologi hebat yang kononnya dipelopori oleh mereka ini akan meletakkan manusia seolah-olah berada pada tahap kemunduran, dan taksub akan kemajuan dan kemodenan duniawi dan membuatkan kita lupa akan sejarah-sejarah purba. Inilah salah satu cara untuk membuang kewujudan agama dalam kehidupan manusia, dan mereka akan menyembah dan lebih mempercayai terhadap kehebatan teknologi sains moden.





KETIGAnya adalah dengan memusnahkan kitab-kitab Allah (Taurat, zabur, Injil dan al-Quran). Dengan memperkenalkan teori evolusi manusia kepada masyarakat umum. Seperti mana yang kita ketahui, al-Quran sendiri menceritakan tentang kehidupan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam AS. Strateginya amat menarik. Dalam sebuah mesyuarat agung majlis mereka, persetujuan telah dibuat untuk member tugas kepada syaitan bagi mengajar Charles Darwin secara rahsia dalam mengasaskan teori evolusinya. Semua ahli difahamkan bahawa jika sekiranya seorang manusia percaya akan teori evolusi ini, hal ini akan memusnahkan sepenuhnya kepercayaan manusia terhadap kitab-kitab Allah, seterusnya menjauhkan manusia dari mempercayai wujudnya tuhan Maha Pencipta, serta tidak akan ada dalam ingatan mereka mengenai hari pembalasan di akhirat kelak.


Faktanya, teori evolusi yang kita pelajari hari ini sebenarnya telah dicipta oleh iblis sendiri. Charles Darwin merupakan antara manusia yang dihormati dan diiktiraf selepas itu oleh syaitan-syaitan kerana memiliki ilmu tentang evolusi ini, yang merupakan hasil pengajaran peribadi dari iblis. Seolah-olah dia dianggap menteri dalam  majlis mereka. Dia dihadiahkan kekuatan dan pengaruh untuk membutakan pemikiran manusia dan meyakinkan mereka tentang muslihat ini. Begitulah juga kepada guru-guru pada zaman kita yang menerangkan kepada umum tentang kebenaran evolusi, mereka juga mendapat penghormatan dari syaitan kerana membantu kerja mereka. Tahniah!!!





Jadi apakah matlamat disebalik 3 polisi ini? Bagaimana mungkin Iblis disembah jika manusia tidak mempercayai kewujudan pencipta? Ini adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan..

         Setelah perubahan terhadap pemikiran manusia berjaya mereka ubah, iaitu membuang kewujudan tuhan dalam dunia manusia,  satu rancangan agung untuk mempengaruhi minda kita akan dilaksanakan, untuk menutup segala bentuk kontroversi antara kebaikan dan kejahatan. Perkara ini akan dilaksanakan melalui jalan yang sangat unik. Iaitu.. syaitan-syaitan ini akan mengaku bahawa mereka datang dari planet-planet yang jauh dari alam semesta, yang akan memberikan amaran kepada manusia bahawa akan ada satu bencana besar jika sekiranya suatu perkara ini tidak dibetulkan. Seperti tidak masuk akal bukan? Apakah rancangan-rancangan mereka ketika itu?


  • Syaitan/jin ini akan menyamar sebagai makhluk asing  dan tidak akan berhenti meyakinkan kamu tentang idea ini.
  • Memusnahkan Islam.
  • Memperkenalkan agama dunia yang baru. Sebuah agama yang mengajar kamu bahawasanya ‘ Kamu adalah Tuhan! ’.


Kepulangan Nabi Isa AS, Imam Mahdi sebagai penyelamat kita, dan apakah peranan kita seterusnya akan dibincangkan lagi dalam entry yang akan datang..



No comments:

Post a Comment