“
Jika seseorang itu haus, kamu berikannya separuh cawan air,
Jikalau
dia masih haus, maka berikannya separuh lagi cawan”
Pertamanya ini bermakna, apabila seseorang itu
ingin mempelajari ilmu, dia perlulah berasa haus akannya. Dan apabila kehausan
mereka dikomunikasikan kepada kamu, maka kamu bekalkan mereka dengan separuh
ilmu tersebut. Jangan berikan ilmu itu sekaligus, kerana ini hanya akan
menjauhkan mereka dari ilmu itu. Berikan mereka separuh dahulu. Jikalau mereka
meminta lagi, berikan lagi separuh ilmu itu kepada mereka. Dan jikalau mereka
tidak lagi meminta, maka ini bukan lagi tanggungjawab kamu. Biarkan mereka,
mereka akan lalui disepanjang kehidupan kelak.
Jadi untuk memberitahu tentang
kebenaran Islam, gunakanlah cara yang bijak, supaya ianya berkesan dan tidak
merosakkan pandangan orang lain terhadap Islam.
No comments:
Post a Comment