Wednesday, 16 January 2013

Ikhwan Rasulullah SAW

We always miss u too Rasulullah ♥ ~ :') 




Suatu ketika Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Rasulullah SAW dengan para sahabat ra yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia.

“Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (IKHWANku),” kata baginda Rasulullah SAW.

“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar ra bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikirannya.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan;

“IKHWANku adalah MEREKA YG TIDAK PERNAH MELIHATKU TETAPI MEREKA BERIMAN DENGANKU DAN MEREKA MENCINTAI AKU MELEBIHI ANAK DAN ORANG TUA MEREKA. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” 

“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui IKHWANku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” (Hadis Riwayat Muslim)

Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi ra yang berjuang menegakkan Islam”.

♥ luv u always ya Rasululah SAW ♥ :')

No comments:

Post a Comment