Thursday, 3 January 2013

Dajjal Telah Wujud? Pt 4




       Kemudian Dajjal akan memerintah Israel sewaktu ‘satu hari seperti seminggu’. Dengan menggunakan teori yang sama, bagi menentukan jangka masa ini, 83 tahun (satu hari seperti sebulan) akan dibahagikan kepada 4.

83 tahun / 4 (purata minggu dalam sebulan) = 21 tahun

    Mengikut tahun masihi, waktu ini akan berlaku sehinggalah tahun 2020-2023 masihi. Pada tahun itu, kumpulan illuminati sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pentabiran dunia terletak pada negara Israel. Jadi selamat datang ke tahap-tahap terakhir rancangan Dajjal !!!

Novus Ordo Seclorum & Annuit Cueptis


Dajjal itu bermata satu.

Soloman Temple yang bakal idirikan bagi  raja mereka, Dajjal al-masih.

    Barulah sekarang kita mengerti siapakah yang menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku di seluruh negara-negara Timur Tengah. Percayalah bahawa setiap peperangan mahupun rundingan yang akan datang adalah bertujuan untuk keselamatan, perlindungan, penubuhan negara Israel. Waktu dimana semua musuh akan ditentang. Persoalannya, adakah Malaysia adalah sebuah negara yang berkecuali untuk diserang?

Malaysia juga adalah negara ahli bagi OIC

         Setelah Dajjal memegang tampuk pemerintahan di Israel, bermulalah hari seperti hari-hari di dunia, Namun apa yang dikhabarkan di dalam al-Quran dan hadith-hadith dari Rasulullah SWT, kejayaan pasti datang kepada mereka yang mengikut Imam Mahdi dan menyertai perjuangan nabi penyelamat sebenar kita, Nabi Isa AS. Walaubagaimanapun, kita akan dapat lihat bagaimana kebanyakan masyarakat Islam akan mempercayai dan mengikut nabi penyelamat yang palsu (Dajjal) dan mempercayainya sebagai nabi penyelamat yang sebenar. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Kerana mereka bukanlah dari kalangan muslim yang kuat imannya mahupun mereka yang tidak pernah mengambil peduli akan cirri-cirinya, dan tanda-tanda ketibaanya.


Mungkin sering terbit di fikiran kita, mengapakah golongan-golongan elit ini patuh dan bersusah payah bagi menyempurnakan projek besar ini, mengubah sistem-sistem di dunia, mencantumkan idea-idea bersama, semata-mata bagi menjayakan Pemerintahan Dunia Baru? Kerana perkara ini merupakah sebahagian dari agama mereka. Walaupun mungkin secara zahirnya mereka dilihat seperti seorang Muslim, Kristian, ataupun Yahudi pada pandangan awam, namun disebalik itu mereka sebenarnya penyembah Iblis. Malah rancangan-rancangan sebegini telah membawa mereka kepada kedudukan yang tinggi di mata dunia. Misalnya, adakah kamu percaya bahawa seseorang seperti George W. Bush menjadi presiden di Amerika Syarikat melalui usahanya sendiri?

video yang berjaya dirakam menyaksikan golongan-golongan elit berkumpul di suatu tempat tertutup dan rahsia. apakah sebenarnya yang mereka sembah?

Golongan pemerintah yang menganuti agama ini akan patuh kepada segala bentuk agenda yang bakal meletakkan Dajjal sebagai penguasa dunia. Malah wujud banyak bukti, di mana pemerintah-pemerintah dunia sering berkumpul bersama bagi menjalankan ritual agama mereka. Mereka masih berselindung dan menafikan segala apa yang berlaku. Jadi apakah sebenarnya yang mereka sembah?

Ingatlah bahawa antara muslihat Iblis ini adalah untuk meyakinkan manusia bahawa mereka sendiri tidak pernah wujud..

No comments:

Post a Comment