Thursday, 3 January 2013

Dajjal Telah Wujud? Pt 1




  Kadangkala kita tertanya, benarkah wujud konspirasi-konspirasi ini? Seolah-olah tidak masuk akal. bagaimana mungkin setiap tipudaya konspirasi ini berjaya mereka lakukan dengan begitu terperinci? Adakah anda rasa orang-orang yang membuat konspirasi global tentang pembohongan dan kekuasaan ini boleh melakukannya seorang diri.






  Cuba kita fikirkan, lebih banyak kajian tentang konspirasi ini diadakan, dan lebih banyak sejarah tentang golongan elit berjaya kita ketahui, kamu akan sedar bahawa rancangan bersejarah ini seolah-olah hampir lengkap. Mengapa golongan-golongan elit ini sanggup menggadaikan nyawa mereka bagi menyempurnakan sebuah perancangan yang sendiri mereka sedari bahawa mereka pasti tidak akan sempat melihat kejayaannya dalam jangka hayat mereka? Kerana matlamat ini bukanlah sebuah perancangan dari seorang manusia biasa. Tetapi oleh sebuah kuasa yang lebih agung. Mereka telah menjual jiwa mereka untuk perancangan ini engan balasan mereka mendapat kenikmatan dunia yang terdiri daripada kekayaan duit dan kekuasaan. Hal ini amat menguntungkan Arkitek The New World Order, dan manusia-manusia yang sanggup menyokong agendanya.





  Kamu telah melihat dunia pembohongan di sekeliling kamu. Dan kamu juga bersetuju bahawa dunia ini penuh dengan penipuan dan tipudaya. Tahukah kamu siapakah yang Rasulullah SWT tudingkan semasa baginda menyampaikan hadith ini?

 Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun kecuali dia telah memperingatkan kaumnya tentang si buta yang pendusta, ingatlah Dajjal itu buta satu matanya sedangkan Tuhan kamu tidak buta, tertulis di antara kedua matanya kafir.” Riwayat Muslim.

Dialah, al-Masih ad-DAJJAL, the Antichrist. Pembawa fitnah yang paling besar sebagai tanda-tanda kiamat bagi seseorang yang mengimani rukun  iman ini.


          Di dalam Islam, Dajjal juga disebut sebagai ‘al-Aawar ad-Dajjal’ iaitu ‘Penipu Bermata Satu’. Mungkin ada diantara kita yang menganggap bahawa gelaran ‘bermata satu’ ini hanyalah sebuah kebetulan kepada penipu besar ini. Jadi benarkah pula, kebetulan juga wujud apabila golongan elit menggunakan lambang bermata satu sebagai logo mereka? Cuba fikirkan.

         Dajjal telah memerintah dunia sejak dahulu lagi. Kita juga terfikir samada Dajjal makhluk ini hanyalah sebuah bayangan ataupun suatu benda yang hidup? Dia adalah kedua-duanya!


     Jika kamu lihat pada piramid ini, dia sudahpun dibina kecuali pada bahagian atasnya. Mata itu kelihatan tergantung. Bagi golongan ini, mereka meletakkan symbol ini pada helaian duit kertas Amerika ini sebagai tanda persediaan sehinggalah projek jahat mereka yang dipanggil ‘Novus Ordo Seclorum’ (New World Order) dan ‘Anuet Acueptis’ (dia puas dengan projek kami) siap. Persoalannya, apakah projek yang dimaksudkan? Secara umumnya, projek yang dimaksudkan adalah bagaikan ‘pembulatan’ dunia ini iaitu bagi membuang kepercayaan beragama dari masyarakat dunia. Dan sebab itulah projek ini dipanggil Novus Ordo Seclorum, iaitu sebuah pemerintahan dunia baru.

       Dalam bahasa mudah, islam menafsirkan al-Masih ad-Dajjal sebagai seorang ‘nabi penyelamat palsu’. Jadi mengapa dia dianggap sebegitu? Kerana misinya adalah untuk meniru Nabi Penyelamat yang sebenar. Sebagai muslim, kita mempercayai bahawa Allah SWT akan menurunkan seorang nabi penyelamat pada akhir zaman nanti sebagai pemerintah dunia keseluruhannya yang dikatakan akan muncul di tanah Palestin. Dialah Nabi Isa AS ataupun dikenali sebagai Jesus bagi agama Kristian.  Lihatlah betapa golongan ini bertungkus lumus bagi menguasai tanah orang Islam ini..

No comments:

Post a Comment