Sheikh
Imran Hossien berkata:
bahawa Rasulullah SWT pernah mengingatkan umatnya tentang
kemunculan Dajjal semasa baginda hidup. Baginda bersabda bahawa apabila Dajjal
dibebaskan di dunia, dia akan hidup di atas mukabumi selama 40 hari. Satu hari
seperti setahun (British sebagai tanah pemerintahan), satu hari seperti sebulan
(Amerika Syarikat sebagai tanah pemerintahan), satu hari selama seminggu
(Palestin sebagai tanah pemerintahan), dan hari-hari seterusnya adalah seperti
hari-hari kita yang biasa.
- Satu hari seperti setahun: British sebagai
tanah pemerintahan
- Satu hari seperti sebulan: Amerika Syarikat
sebagai tanah pemerintahan
- Satu hari selama seminggu: Palestin sebagai
tanah pemerintahan (Israel)
Dajjal sudahpun melengkapkan fasa pertamanya, iaitu
satu hari seperti sebulan, iaitu apabila Britain menjadi kerajaan yang
memerintah dunia ini, dan nilai Pound merupakan nilai mata wang antarabangsa.
|
bendera kebangsaan Britain |
|
pound sterling sebagai matawang Britain dan dunia |
Dan kemudiannya, Dajjal pergi ke suatu hari seperti sebulan apabila Amerika
Syarikat menggantikan Britain sebagai sebuah Negara pemerintah dunia dan U.S.
Dollar menjadi mata wang antarabangsa. Seperti yang kita ketahui, Amerika
Syarikat sedang menyerahkan kuasanya sebagai Negara pemerintah dunia.
|
Bendera kebangsaan United State of Amerika |
|
Dollar sebagai matawang Amerika Syarikat dan dunia |
Menurut Islam, satu tahun di akhirat adalah
seperti 1000 tahun di dunia. Dan kita apat analogikan bahawa Dajjal memerintah
Britain selama 1000 tahun. Bukanlah kebetulan apabila system pemerintahan
Britain secara monarki itu wujud sejak tahun 900 masihi lagi.
900 masihi + 1000 tahun = 1900 masihi
|
Britain mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki. Kuasa Britain terkenal dengan hebatnya apabila berjaya menjajah banyak negara di seluruh dunia sehinggalah awal abad ke 20.
|
Pada tahun 1917, Amerika Syarikat secara rasminya
melibatkan diri dalam peperangan dunia, dan inilah langkah yang diambil mereka
untuk menerapkan Amerika Syarikat sebagai kuasa agung dunia. Dari situ, Dajjal telah
memerintah pada ketikasatu hari seperti sebualan.
1000 tahun / 12 bulan = 83 tahun
1917 masihi + 83 masihi = 2000 masihi
|
George W. Bush, presiden yang bertanggungjawab membawa fasa ke 2. |
|
Barrack Obama yang kononya akan mempertahankan masyarakat Islam di seluruh dunia masih menjadi tanda tanya. |
Pada tahun itu, selepas sahaja George W. Bush dilantik
sebagai presiden Amerika Syarikat, setahun kemudian, iaitu pada 2001,
berlakunya sebuah konspirasi besar dunia seperti yang kita ketahui, iaitu
tragedi 11 September, yang memusnahkan bangunan World Trade Centre yang
kononnya dilanggar oleh 2 buah jet pejuang rampasan orang Islam yang dianggap
sebagai pengganas. Pada 2002, Afghanistan diceroboh. Pada 2003 pula, Iraq
menerima nasib yang serupa. Di tahun 2006, kita dapat lihat bagaimana Lebanon
diserang tanpa belas kasihan.
Selepas kejadian 11 September ini, Amerika Syarikat
telah menubuhkan pengkalan-pengkalan mereka di lebih dari 10 negara Timur
Tengah. Halini telah meneguhkan lagi pemerintahan dan keselamatn Israel sebagai
ibu negara terakhir Pemerintahan Dunia Baru.
No comments:
Post a Comment