Thursday, 3 January 2013

Rasai KewujudanNya

Pejamkan mata anda, tenanglah, anda pasti merasai kewujudanNya. 



Seorang bapa pengasas illuminati berkata:

“Iblis memang sebenar-benarnya hidup, dialah tuhan kami, dan kamilah orang-orang yang dipilihnya”

           Anda telah melihat bagaimana golongan Zionist dan Illuminati bertungkus lumus, menghabiskan wang bagi mempengaruhi anda dan membawa anda sejalan dengan mereka. Penguasaan minda ini mensasarkan untuk mempengaruhi anda dalam beberapa cara kehidupan:

1. Racing for consumption
2. Fueled by materialism
3. Asking for control
4. Loving corruption
5. Thing religion and God (Allah)

           Setakat ini, sekiranya anda memahami segala konspirasi besar ini, namun masih tidak mampu untuk meningkatkan diri sendiri, maka sebenarnya anda masih tidak memahami gambaran besar berkenaan apa yang telah saya kongsikan. Ini bukanlah mengenai memenangi sesebuah kerajaan tetapi merupakan sebuah peperangan. Peperangan yang berlaku hanya dalam diri anda dan bagaimana untuk anda menangani godaan duniawi, seterusnya memahami untuk apakah anda diciptakan oleh Allah SWT. Inilah ujian untuk kita. Mampukah kita mengatasi nikmat dunia bagi membina jiwa yang tenang secara batinnya, supaya kelak mampu mengecapi kenikmatan syurga Allah yang kekal abadi? Dan syaitan itu sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mengingati hari akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Jikalau anak Adam mendapat segunung emas, dia hanya mahukan yang kedua”

         Kita dicipta sebagai roh, dan diletakkan ke dalam sebuah jasad. Dan jasad itulah hanyalah sebuah alat yang membawa roh yang kekal abadi ini untuk menjalani kehidupan yang sementara di dunia. Sebuah alat yang patut digunakan untuk membina dan memberi makanan yang baik kepada roh kita ini. Namun kebanyakan kita kini hanya menyerahkan kehidupan kita untuk memberi makanan dan kenikmatan dunia hanya kepada jasad yang sementara ini.


atau ini?


     Sistem ini dirangka secara sempurna bagi mengekalkan anda pada jalan ilusi keduniaan ini. Supaya anda kekal dikawal. Dan hiburan dunia itu tidak secara kebetulannya berevolusi. Adakah anda rasa media di kaca televisyen anda hanya menjual hiburan dan maklumat untung keuntungan? Dengan pelbagai masalah dunia, peperangan, adakah kekacauan seperti ini mampu menghentikan kita dari menyoal, mengapa kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia berbohong kepada kita? Mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak bersalah? Tetapi menerangkan kepada dunia bahawa segala yang berlaku adalah untuk melindungi anda?








            Pilihan terletak pada tangan anda. Saya hanya mampu menunjukkan kepalsuan bahan ataupun maklumat yang selama ini kita dikaburi olehnya. Namun apa yang biasa dilakukan oleh manusia adalah dengan membina jasad berbanding roh mereka sendiri. Walau berapapun harganya, tetapi mereka lupa untuk memperbaiki roh mereka. Tidak hairanlah pandangan kita terhadap kecantikan sudah berbeza. Walau sedaya upaya kamu mencuba, kamu tidak akan akan mendapatkannya. Kerana dunia ini terasa sempit dan tidak akan cukup bagi orang-orang yang tidak bersyukur. 

No comments:

Post a Comment