Thursday, 3 January 2013

Perang Dunia ke-3 ?



          Kebanyakan pengkaji konspirasi beranggapan bahawa peperangan Dunia ke-3, iaitu serangan yang berlaku ke atas negara-negara Timur Tengah yang meletus hari ini beroperasi sejurus selepas berlakunya peristiwa 11 September 2009, iaitu pelanggaran 2 kapal terbang milik Amerika Syarikat yang kononnya telah dirampas oleh ‘pengganas’ ke atas bangunan WTC (World Trade Center).






Kita juga mengetahui bahawa penipuan besar kerajaan Amerika Syarikat telah terbongkar. Banyak laman web dan blog-blog telah berjaya membuka mata masyarakat dunia tentang konspirasi mereka ini. Namun sayangnya kebenaran yang muncul hadir agak lewat.

Sedang masyarakat dunia melabel semua muslim dan bangsa Arab adalah pengganas, ahli-ahli Zion ini secara terbuka menceroboh negara-negara di Islam seperti Afghanistan, Iraq, dan Venezuela tanpa sebarang tentangan yang kuat dari masyarakat dunia bagi mengeksploitasi sumber minyak kita. 

Sedarkah anda bahawa negara-negara yang memiliki hasil bumi bernilai ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada negara-negara Islam sahaja? Pencabulan ke atas Negara-negara Islam pada tempoh itu tidak diendahkan oleh masyarakat dunia malah ramai yang memberi sokongan akibat tertanamnya perasaan benci yang mendalam terhadap orang Islam, sejurus selepas berlakunya peristiwa 11 September ini.



Cubalah tonton filem ‘My Name Is Khan’ lakonan Shah Rukh Khan, anda mungkin akan mendapat sedikit gambaran tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas saudara-saudara se-Islam kita yang tinggal di Amerika Syarikat pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment