Friday, 4 January 2013

Hakikat Tentang Tuhan-tuhan Mereka


            Kita dapat fahami bahawa amalan penyembahan banyak tuhan sebegini bukanlah suatu fenomena yang baru. Ia telah berlaku sejak permulaan tamadun lagi. Jadi apakah dia roh-roh syaitan ini? Mereka itulah makhluk Allah, dan mereka ini telahpun dijelaskan oleh al-Quran, Injil, mahupun Taurat sebagai syaitan ataupun malaikat yang dilaknat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai ‘jin’. Manusia-manusia tertentu telahpun bekerjasama dengan jin ini untuk memperoleh nikmat dunia.




                Golongan-golongan elit ini akan melalui sebuah kontrak sumpah setia, ataupun pakatan secara sukarela yang perlu dilakukan berdasarkan prinsip tolak ansur. Jika sekiranya kamu membekalkan apa sahaja yang mereka mahu, mereka akan memberikan apa sahaja hajat kamu di dunia. Kadangkala, dalam kehidupan seharian kita sekalipun, kita biasa mendengar penawaran seperti ini dari sesiapapun. Ilmu yang didapati melalui komunikasi antara dua alam bersama jin atau syaitan atau malaikat yang dilaknat ini akan lebih mencerahkan mereka. Dan sebab itulah ada yang memanggil golongan ini sebagai illuminati, iaitu mereka adalah golongan yang dicerahkan ataupun dikurniakan dengan ilmu rahsia (sihir). Inilah dia punca utama konspirasi global.

Illumunati bermaksud 'pencerahan' tentang ilmu-ilmu sihir
Dalam kartun ini, Aladdin diberikan kertas kontrak untuk
ditandatangani  sebagai  perjanjian kerjasama  dengan Jin.

Wayang-wayang seperti inilah yang dihidangkan kepada kanak-kanak agar mereka percaya terhadap kewujudan kuasa ghaib yang mampu mengkabulkan apa sahaja permintaan mereka. Lihatlah segala apa yang dipaparkan di media massa, kamu akan memahaminya. Dan semua itu bukanlah sebuah kebetulan.

                Dan jika sekiranya kamu hairan bagaimana golongan illuminati ini bertanggungjawab dalam bidang kekuasaan dunia kita, kamu sekarang faham bagaimana golongan ini ‘dicerahkan’ dengan ilmu sihir jin ini sebagai puncanya. Kamu juga akan faham bagaimana jin ini berjaya menceroboh masuk di dalam kehidupan manusia dengan rupa yang berbeza bukanlah hanya pada zaman ini sahaja. Kamu sekarang memahami apakah yang dimaksukan denga ‘tuhan-tuhan’ bagi golongan ini.

Dahulu..
      
1. Tuhan Firaun, Horus



   2. Tuhan-tuhan Annunaki


   3. Firaun Hijau


  4. Tuhan Firaun, Annubis


  5.  Tuhan ular kaum Maya, Kukulkan


  6. Tuhan-tuhan kaum Greek


  7. Tuhan Biru kaum Hindu

Dan hari ini..

 1. Makhluk asing 

Selepas teori evolusi gagal, mereka cuba membawa idea baru.

 2. Shapeshifting reptilians

Dikhabarkan makhluk ini mampu merubah rupa asalnya menjadi sesiap yang dia  ingini.

                Manifestasi ini diubah berdasarkan kepada budaya yang wujud disekeliling kamu. Ia merupakan penipuan yang sama, namun pada zaman yang berbeza. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang Maha Esa, tuhan sekalian alam. Tuhan yang sama yang disembah oleh nabi Adam, Musa, Isa dan Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment