Inilah dia perancangan terakhir dalam pembikinan New World Order.
Suatu perancangan yang agung zaman ini. Jika anda pertama kali mendengarnya,
pasti ada yang melabel pembongkaran konspirasi ini sebagai sesuatu yang gila,
mengarut dan tidak masuk akal. Namun besarlah harapan saya jika sekiranya anda
akan membuat kajian sendiri secara terperinci tentang apa yang bakal
dibentangkan sebentar lagi supaya anda menyedari dan bersetuju dengan saya,
bahawa kebanyakan maklumat dan laporan yang diterima mengenai UFO dan makhluk asing adalah
palsu.
“Rancangan ke-3 Zionist terhadap masyarakat dunia adalah dengan
mengiklankan tentang serangan serangan makhluk asing terhadap manusia sejagat
di bumi.”
Ayat di atas mungkin akan membuatkan anda terus membaca artikel ini
hingga selesai, ataupun kemungkinan besar beralih ke laman sesawang lain kerana
beranggapan fakta di atas adalah sangat mengarut dan sia-sia untuk di baca. betul tak?
Sedarkah anda bahawa sejak di awal 60-an lagi, media mula mempengaruhi
masyarakat dunia tentang wujudnya makhluk hidup bukan manusia diluar planet
bernama bumi ini dan kepercayaan manusia terhadap wujudnya makhluk ini
naik mendadak. Dan tahukah anda bahawa 99% laporan orang awam yang melaporkan
bahawa mereka menyaksikan Unidentified Flying Object (UFO) sebenarnya
menyaksikan sebuah objek yang dikenali, namun kita tidak pernah tahu bahawa
objek berteknologi seperti ini wujud di bumi.
http://www.ufosightingsdaily.com
Kita sering mendapat kajian soal selidik samada dari pihak sesebuah
kerajaan, pemerintah, orang-orang awam dan lain-lain. Persoalannya adakah
golongan-golongan atasan ini mengambil kisah dengan apa yang berlaku? Dan
mengambil kisah tentang apa yang kita fikirkan? Adakah kamu rasa
pemerintah-perintah dibawah Zionist ini akan menunggu jawapan kamu untuk
membuat keputusan?
Analoginya mudah. Jika di Amerika Syarikat, apabila wujud persoalan
apakah negara yang patut diserang selepas ini. Jika jawapan masyarakat awam
sepadan dengan apa yang mereka inginkan, operasi itu akan dijalankan. Misalnya,
pemimpin-pemimpin Zionist yang mengawal media ini akan menimbulkan pelbagai isu
dan propaganda agar masyarakat awam menyokong supaya Iran diserang. Sekiranya
70% jawapan bancian yang diperoleh mengatakan bahawa Iran patut diserang, maka
mereka beranggapan, mereka berjaya menguasai dan mengubah persepsi minda
masyarakat. Namun jika sekiranya lebih ramai yang membantah, maka mereka akan
mengambil masa dan cuba untuk menggunakan taktik propaganda yang lain.
Begitulah dengan isu UFO dan makhluk asing ini. Kepercayaan yang tinggi
dari hari ke hari tentang kewujudan makhluk ini membuktikan kejayaan mereka
mengawal minda masyarakat. Untuk yang pertama, mereka akan memanipulasikan
minda anda untuk mempercayai bahawa makhluk asing itu wujud. Dan yang ke-2,
mewujudkan propaganda seolah-olah makhluk asing ini bakal melancarkan serangan
keatas bumi, jadi anda perlu bersatu. Bersatu untuk apa? Bersatu untukmelawan
‘musuh’ ini dan menerima ‘Pemerintahan Dunia Baru’ mereka.
No comments:
Post a Comment