Dalam surah ar-Rum, ayat 41, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali ke jalan yang benar."
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali ke jalan yang benar."
"I don't understand when we destroy something by man we call VANDALISM, but when we destroy something created by nature we call it progress" - Ed Begly Jr.
Di saat kita menyaksikan betapa alam ini penuh dengan bencananya, banjir, tsunami, gempa bumi, letusan gunung berapi, pemanasan global, tanah runtuh, dan sebagainya, kadangkala kita terlupa kepada siapakah sepatutnya jari ini ditudingkan. Betapa cantiknya bumi Allah ini pada awal ciptaannya, telah dirosokkan sedikit demi sedikit oleh manusia.
Benarlah kata Ed Begly Jr., kita bakal marah pada golongan yang merosakkan harta benda awam malah mewujudkan istilah baru dipanggil VANDALISME, bagi mereka yang terlibat dengan gejala ini. Namun tidak pula marah pada kemusnahan hutan, yang ditebang begitu sahaja untuk membina perabut. Membunuh hidupan liar sesuka hati untuk perhiasan dan pakaian, membuang sampah merata-rata, membazirkan air dan sumber tenaga, pembebasan gas kimia di udara, anda gelarkankan itu sebahagian bukti KEMAJUAN TAMADUN MANUSIA? dimanakah letaknya hubungan makhluk dan alam, jika sekiranya tidak menjaga antara yang lain. Sesungguhnya ketahuilah alam yang dicipta Allah ini berjiwa dan menuntut kembali akan apa yang anda lakukan. Jadi janganlah menyombong tatkala kamu berjalan di atasnya.
Kurniaan Allah:
Hasil tangan manusia:
Kurniaan Allah:
Hasil tangan manusia:
Kurniaan Allah:
Beberapa hadith meriwayatkan tentang wujudnya jiwa pada setiap makhluk yang diciptakan. Misalnya kisah tunggul kurma yang menangis, malah didengari oleh sekalian sahabat. Tangisan tunggul kurma itu adalah disebabkan merajuk, setelah Rasullah tidak lagi menggunakannya sebagai tempat untuk berpijak bagi menyampaikan khutbah, apabila para sahabat selesai menyiapkan mimbar yang baru untuk baginda. lalu Rasulullah menenangkannya dan memujuknya agar berhenti menangis.
Selain itu, Rasulullah juga ada menceritakan dan memberitahu para sahabat tentang batu-batu kecil yang menyampaikan salam kepadanya semasa sedang berjalan di sekitar Mekah. Juga semasa nabi Musa AS bersama sekumpulan yahudi memanjat gunung, tiba-tiba gunung itu bergegar seolah-olah memberontak, lalu ditenangkan oleh nabi Musa AS. Malah banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan hubungan alam dengan manusia. Sedangkan penduduk langit dan bumi bertasbih memuji Allah, berselawat ke atas baginda Rasulullah, siapakah kita yang hanya menyombong diri dan merosakkan ciptaan Ilahi ini seolah-olah dunia ini kita yang punya?
Pernah dengar tentang pokok GHARQAD? iaitu sejenis pokok yang dikhabarkan oleh Rasulullah akan melindungi yahudi laknatullah untuk berlindung, semasa berlakunya peperangan terbesar antara Islam dan Yahudi nanti. bukankah ini menunjukkan pokok dan batu juga berkata-kata?
Pokok gharqad yang ditanam meluas di Israel. |
Allah SWT berfirman kepada malaikat apabila ingin menciptakan manusia pertama, bapa sekalian manusia, Nabi Adam AS:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Malaikat bertanya :
"Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(al-Baqarah: 30)
(al-Baqarah: 30)
Jika sekiranya kamu tidak mampu berjihad dengan mengangkat pedang, berjihadlah memilihara bumi ciptaan Allah ini. Moga-moga dengan amalan kamu yang sedikit itu, bakal membantu kamu disaat hisab di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment