Thursday, 3 January 2013

Sebarkan yang Benar-benar Saja


           
Kita sedar, tugas menyampaikan kebenaran Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali kita dengar, apabila sesuatu maklumat tentang Islam ingin kita kongsikan kepada masyarakat bukan Islam mahupun islam, ramai yang melawannya, mentertawakan, mengejek, memarahi, dan begitulah yang dilalui oleh Rasulullah SWT semasa membawa ajaran Islam 1400 tahun dahulu.



Apabila mula-mula saya mendapat tahu tentang ilmu ini, iaitu maklumat tentang kebenaran islam, dan tipudaya-tipudaya syaitan yang bekerjasama dengan manusia bangi menyesatkan lagi mereka, saya merasakan bahawa ia merupakan kewajipan bagi saya untuk menyebarkan dan menyedarkan orang disekeliling saya tentang maklumat yang baru saya ketahui. Tetapi realitinya tidak ramai yang ingin menerimanya.


Jika anda tertanya-tanya, mengapa masyarakat melawan dan menolak maklumat-maklumat sebegini? Mengapa mereka menolak kebenaran Islam? Mengapa mereka mentertawakan anda? Ini berlaku kerana salah satu dari sebab yang berikut:

         Dari segi psikologinya, maklumat ini bukan mudah untuk dihadam. Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak mereka untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah mereka lalui sepanjang hayat. Mereka terpaksa mengubah persepsi dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara sedangkan mereka telah hidup dengannya selama bertahun-tahun. 



            Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kamu menemui maklumat ini lebih awal darinya. Dan bagi melindungi maruah mereka, mereka menolak semua kenyataan kamu. Mereka tidak pernah menghiraukan tentang apa yang berlaku di sekekiling asalkan mereka rasa bahagia dengan kepercayaan mereka walaupun hakikatnya mereka hanya pura-pura selesa. Mereka hanya pentingkan diri sendiri. Mereka masih belum bersedia untuk berubah. Mereka terlalu selesa dengan kehidupan mereka sehinggakan mereka tidak mahu mengubah apa-apa.

        Kepercayaan mereka terhadap sesebuah ilusi. Mereka dengan jelas mengakui untuk mempercayai dan meyakini bahawaapa yang mereka dengar dan lihat dari ilusi itu adalah sebuah kebenaran. Apakah dia ilusi itu? Media! Itulah dia pemukau paling hebat.


         Marilah bersama-sama kita menyebarkan agama Allah dengan hikmah. Dakwah bukanlah bererti mencari kemenangan, tetapi menjelaskan kebenaran.

No comments:

Post a Comment