Friday, 4 January 2013

Lantai Hitam dan Putih (Chekered Floor)


Lantai hitam dan putih sebagai simbolik ritual mereka? Sejauh mana kebenarannya?
          Seperti manusia, terdapat golongan jin yang bersifat baik mahupun jahat. Terdapat juga mereka yang alim dan menyembah Allah, malah ada yang menafikannya. Mereka wujud dalam alam yang berbeza. Allah memberi amaran kepada manusia agar tidak berkerjasama dengan mereka antara dua alam ini, untuk kepentingan duniawi, menzalimi umat manusia yang lain. Oleh itu, bukanlah jin yang baik, jika dia bekerjasama dengan kamu kerana sesungguhnya dia juga telahpun melanggari arahan Allah. Penipuan besar yang mereka wujudkan ke atas manusia ini hanyalah semata-mata bertujuan bagi menyesatkan kamu untuk menyembah ketua mereka. Secara zahir mahupun tersembunyi, manusia yang turut bekerjasama dengan jin-jin ini sebenarnya bersikap sama sahaja dengan mereka yang menyokong agenda ini.

Penggunaan sihir bererti mensyirikkan Allah.
      Seperti juga manusia, terdapat juga jin yang berpangkat rendah mahupun tinggi. Jin yang berpangkat rendah ini biasanya bekerja dengan manusia biasa seperti penilik nasib, bomoh, penyembuh, pemukau, penyihir, dan lain-lain lagi. Begitulah sebaliknya, jin-jin yang berpangkat tinggi ini akan bekerjasama dengan merekayang berpangkat tinggi dalam dunia kita.

 Berhubung dengan penguasa-penguasa alam ghaib bukanlah sesuatu yang mudah. Beberapa upacara perlu diadakan pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat tertentu untuk mengeluarkan beberapa jenis tenaga tertentu. Upacara ini melibatkan tindakan yang sangat jijik dan biasanya memerlukan pengorbanan dan pertumpahan darah. Upacara ini akan membuka sejenis pintu yang dipanggil ‘stargate’ yang akan menjadi pintu perhubungan 2 dimensi berbeza ini. Mungkin sebelum ini kita biasa terdengar tentang pengamalan ‘pengorbanan’ kepada tuhan dalam cerita dongeng mahupun di layar perak.

Kejadian 11 September dikhabarkan merupakan salah satu ritual pengorbanan nyawa.

Bumi memiliki lay-line, iaitu garisan yang akal menemukan titik sesuai untuk membuka stargate.

Filem Stargate.
Kebanyakan bangunan-bangunan utama dunia dibina di atas lay-line ataupun garisan lay.
Ritual ‘pengorbanan’ ini akan menjadi alat perhubungan dengan syaitan di alam ghaib. Pertumpahan darah yang berlaku adalah bertujuan sebagai perantara untuk memasuki kawasan-kawasan suci ini. Dahulunya kita mengetahui bahawa amalan-amalan ini dalam masyarakat-masyarakat jika sekiranya berlaku sesuatu malapelataka ke atas sesuatu bangsa seperti kemarau panjang, wabak penyakit, bencana alam dan sebagainya sebagai hadiah untuk memohon doa ke atas kuasa mistik.

Pengorbanan manusia Kaum Aztec








Namun, adakah ritual ini sudah berhenti setakat hari ini? Setiap pemimpin yang mengikuti zaman ini sebenarnya melakukan upacara yang sama tetapi dengan cara yang berbeza. Inilah dia lantai hitam dan putih. Sebagai lambang perhubungan dan persilangan dua alam. Begitulah bentuk perjalanannya. Satu tiang melambangkan cahaya, manakala satu tiang lagi melambangkan kegelapan. Cahaya melambangkan dunia kita, dan kegelapan melambangkan dunia mereka. Hitam putih inilah sebagai lambang penyatuan dua alam ini yang mana semua ritual freemason akan dijalankan di atasnya.










Bagaimanapun lantai ini hanyalah sebuah bentuk perlambangan sahaja dan upacara yang berlaku di atasnya yang akan menentukan pembukaan pintu-pintu ini. Selama beberapa abad lalu, golongan illuminati telah  menyembah dan memanggil syaitan dan jin di atas lantai hitam dan putih ini dan ‘secara kebetulannya’ mengambil bahagian dalam merealisasikan agenda Pemerintahan Dunia Baru untuk manusia.

Biarlah ketua mereka merancang. Biarlah tipu muslihat ini diteruskan. Kerana apa yang kita semua tahu, Allah jualah yang Maha Merancang.

No comments:

Post a Comment